Liga Super: JDT kekalkan rekod tanpa kalah tewaskan Sabah 6-1 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kedutaan Besar Malaysia rangka strategi promosikan Tahun Melawat Perlis di Perancis Dunia Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah Dunia One Battle After Another dinobat Filem Terbaik BAFTA 2026 Advertisement Malaysia Liga Super: JDT kekalkan rekod tanpa kalah tewaskan Sabah 6-1 Bernama 23/02/2026 | 05:00 MYT Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan tuan rumah Sabah FC 6-1 dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam tadi. – Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) mengekalkan rekod tanpa kalah apabila menewaskan tuan rumah Sabah FC 6-1 dalam aksi Liga Super 2025/2026 di Stadium Likas, Kota Kinabalu, malam tadi.Bermula babak pertama menyaksikan permainan kedua-dua pasukan agak seimbang dan masing-masing cuba mengatur serangan namun pada minit kelima pasukan pelawat dihadiahkan sepakan penalti selepas kekasaran yang dilakukan oleh Dane Ingham yang disahkan melalui Video Bantuan Pengadil (VAR).Advertisement Sepakan penalti berkenaan disempurnakan penyerang import dari Brazil Bergson Da Silva pada minit ketujuh sebelum menggandakan kedudukan apabila Ajdin Mujagic berjaya menghasilkan jaringan dengan rembatan cantik di kawasan kotak penalti pada minit ke-20.Selang empat minit kemudian skuad Harimau Selatan menambah derita Sabah hasil penyudah Oscar Aribas sebelum Mujagic sekali lagi merembat bola ke gawang tuan rumah pada minit ke-38. Bersambung babak kedua JDT tidak menunggu lama untuk menghukum Sabah dengan jaringan Manuel Hidalgo.Tidak cukup dengan itu skuad kendalian Xisco Munoz terus menjarakkan kedudukan menerusi jaringan kedua Oscar menambah lagi jurang hasil sepakan mudah di kawasan kotak penalti menjadikan kedudukan 6-0.Pada minit ke-87 Sabah akhirnya memecah kebuntuan hasil rembatan kencang Chris Marlon Ondong-Mba penyerang dari Perancis menjadikan kedudukan 1-6.Keputusan itu menyaksikan JDT kekal di tangga teratas carta Liga Super dengan rekod tanpa kalah selain mengutip 51 mata manakala Sabah di kedudukan ke-11 dengan 14 mata. Sementara itu, Selangor FC mengutip tiga mata penuh dengan meskipun terpaksa bekerja keras menumpaskan Kuching City FC 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya malam ini. Jaringan tunggal itu diperoleh hasil penyudah Chrigor Moraes selepas menerima hantaran Quentin Cheng pada minit ke-86. Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur menyaksikan Kuala Lumpur City menang bergaya ke atas DPMM 4-0. Jaringan skuad The City Boys masing-masing disudah Muhammad Safawi Rasid pada minit kesembilan dan ke-18 dan dua lagi jaringan menerusi Paulo Josue (minit ke-61) dan Victor Ruiz pada minit ke-70.– BERNAMA Topic Berkaitan #JDT #Liga Super #rekod tanpa kalah #Sabah FC Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kedutaan Besar Malaysia rangka strategi promosikan Tahun Melawat Perlis di Perancis 4 minutes ago Dunia Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah 19 minutes ago Dunia One Battle After Another dinobat Filem Terbaik BAFTA 2026 34 minutes ago Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 49 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 1 hour ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Liga Super: JDT kekalkan rekod tanpa kalah tewaskan Sabah 6-1
