Indonesia tingkatkan pemantauan selepas Australia umum kes demam campak | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kedutaan Besar Malaysia rangka strategi promosikan Tahun Melawat Perlis di Perancis Dunia Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah Dunia One Battle After Another dinobat Filem Terbaik BAFTA 2026 Advertisement Dunia Indonesia tingkatkan pemantauan selepas Australia umum kes demam campak Bernama 23/02/2026 | 04:00 MYT Kementerian Kesihatan Indonesia mempertingkatkan siasatan epidemiologi dan memperkukuh pengawasan susulan makluman rasmi daripada pihak berkuasa kesihatan Australia mengenai satu kes demam campak yang melibatkan sejarah perjalanan dari Indonesia. – Gambar fail/hiasan JAKARTA: Kementerian Kesihatan Indonesia mempertingkatkan siasatan epidemiologi dan memperkukuh pengawasan susulan makluman rasmi daripada pihak berkuasa kesihatan Australia mengenai satu kes demam campak yang melibatkan sejarah perjalanan dari Indonesia.Ketua Biro Komunikasi dan Penerangan Awam kementerian itu, Aji Muhawarman berkata, pihaknya sedang menyelaras dengan pihak berkuasa Australia dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Indonesia bagi memastikan tindak balas selari dengan piawaian antarabangsa.Advertisement Beliau berkata, makluman itu disampaikan melalui mekanisme Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) menerusi Pusat Tumpuan IHR Australia, dan telah disahkan serta disusuli oleh Pusat Operasi Kecemasan Kesihatan Awam (PHEOC) kementerian.”Kes itu melibatkan seorang remaja perempuan warga Australia berusia 18 tahun yang melawat Bandung. Beliau mempunyai sejarah vaksinasi MMR (Campak, Beguk, Rubella) yang lengkap pada 2009 dan 2012, serta menaiki penerbangan Batik Air bagi laluan Jakarta-Perth pada 7 dan 8 Feb 2026.”Ruam mula muncul pada 8 Feb di Perth dan keputusan ujian PCR (tindak balas berantai polimerase) adalah positif. Setakat ini, hanya satu kes dilaporkan dan tiada kematian direkodkan,” katanya menurut laporan agensi berita ANTARA pada Ahad.Aji berkata, pihak berkuasa Australia masih menjalankan siasatan lanjut dan belum memberikan butiran tambahan.Setakat ini, siasatan epidemiologi yang dijalankan oleh Pejabat Kesihatan Wilayah Jawa Barat tidak menemui sebarang kes tambahan yang berkaitan.Beliau turut menegaskan, tiada wabak demam campak peringkat kebangsaan diisytiharkan dan pemantauan diteruskan melalui sistem pengawasan aktif.Aji menggesa orang ramai supaya memastikan imunisasi demam campak mereka dikemas kini, terutamanya bagi mereka yang melakukan perjalanan antarabangsa.”Individu yang mengalami gejala demam dan ruam dinasihatkan supaya segera mendapatkan rawatan perubatan di kemudahan kesihatan terdekat, manakala mereka yang dijangkiti dinasihatkan mengehadkan kontak dengan orang lain bagi mencegah penularan,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Indonesia #Australia #demam campak #pemantauan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kedutaan Besar Malaysia rangka strategi promosikan Tahun Melawat Perlis di Perancis 1 minute ago Dunia Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dipilih semula terajui parti pemerintah 16 minutes ago Dunia One Battle After Another dinobat Filem Terbaik BAFTA 2026 31 minutes ago Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 46 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 1 hour ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Indonesia tingkatkan pemantauan selepas Australia umum kes demam campak
