Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Monday, February 23, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam by Editor 23/02/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0 Penulis: Dr. Nurul Aini binti Puasa1, Dr. Suhaila binti Rusni2 & Prof. Ts. Dr. Muhammad Lokman bin Md. Isa3 1Pegawai Penyelidik, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM) 2Pensyarah Kanan, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM) 3Pengarah, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM)   Realiti di Sebalik Kemajuan Ekonomi Sumber minyak diesel merupakan nadi utama yang memacu sektor pengangkutan, perindustrian, dan pembinaan dalam pembangunan ekonomi moden. Daripada kenderaan berat, logistik maritim, sehinggalah kepada penjanaan elektrik di kawasan pedalaman, diesel membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyokong kelangsungan hidup manusia. Namun, di sebalik sumbangan besarnya, diesel menyimpan ancaman senyap terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia. Pencemaran diesel sering berlaku secara perlahan namun berterusan, menjadikannya sukar dikesan pada peringkat awal. Walaupun impaknya tidak kelihatan secara mendadak, ia berpotensi merosakkan ekosistem secara meluas. Isu ini bukan sekadar masalah setempat di kawasan bandar, malah telah merebak ke kawasan yang jauh dan terpencil seperti di Antartika. Hal ini membuktikan bahawa pencemaran diesel adalah krisis global yang menuntut tindakan bersepadu melalui sains, teknologi, dan pengurusan lestari. Sumber dan Punca Utama Pencemaran Diesel Pencemaran diesel berpunca daripada pelbagai sektor utama yang menjadi tunjang aktiviti ekonomi moden. Sektor pengangkutan merupakan penyumbang terbesar melalui penggunaan kenderaan berat seperti lori dan bas yang beroperasi secara tanpa henti setiap hari. Selain itu, sektor maritim dan perkapalan turut memainkan peranan penting dalam pelepasan sisa pembakaran melalui kapal dagang dan bot nelayan yang menjejaskan kualiti atmosfera serta perairan. Di daratan pula, sektor perindustrian dan pembinaan menyumbang secara signifikan melalui penggunaan enjin serta penjana kuasa di kilang-kilang dan tapak pembinaan. Malah, pencemaran ini tidak terhad kepada pelepasan asap semata-mata, kecuaian dalam operasi harian dan kemalangan kapal laut sering mengakibatkan tumpahan diesel akibat sistem penyimpanan yang tidak sempurna, sekali gus memburukkan lagi krisis alam sekitar. Kesan terhadap Alam Sekitar Pencemaran diesel memberikan impak negatif yang signifikan terhadap kualiti atmosfera dan kestabilan iklim global. Pembakaran bahan api ini membebaskan bahan pencemar yang bukan sahaja menurunkan kualiti udara dan membentuk jerebu tebal, malah mencetuskan hujan asid yang berupaya merosakkan struktur tanah serta memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, pelepasan karbon dioksida secara besar-besaran meningkatkan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera, yang secara langsung memburukkan fenomena perubahan iklim dan mempercepatkan kadar pemanasan global yang mengancam keseimbangan alam secara jangka panjang. Di samping kesan atmosfera, tumpahan diesel turut mengakibatkan kerosakan fizikal yang serius kepada ekosistem tanah dan air. Apabila diesel meresap ke dalam tanah, ia menjadikan permukaan tanah bersifat hidrofobik dan mengurangkan kapasiti pegangan air, manakala di persekitaran akuatik, lapisan minyak yang terbentuk menghalang pertukaran oksigen dan mengancam hidupan air. Kehadiran sebatian Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) yang sukar terurai juga mengganggu kepelbagaian mikrob tanah, di mana ketidakseimbangan populasi bakteria ini boleh membawa kepada kemerosotan biodiversiti serta mengancam kelestarian sumber semula jadi bagi generasi akan datang. Kesan terhadap Kesihatan Manusia Kesan pencemaran diesel terhadap kesihatan manusia merangkumi spektrum yang luas, bermula daripada gangguan pernafasan sehinggalah kepada penyakit kronik yang membawa maut. Pembebasan gas nitrogen oksida semasa pembakaran mampu menembusi saluran pernafasan lalu mencetuskan masalah akut seperti radang paru-paru, asma, dan bronkitis. Selain sistem pernafasan, diesel juga memberi kesan buruk kepada sistem kardiovaskular manusia termasuk menyebabkan peningkatan tekanan darah dan risiko serangan jantung. Lebih membimbangkan, pendedahan berterusan kepada bahan toksik seperti PAH dikaitkan secara langsung dengan risiko kanser kerana keupayaannya menembusi sel dan merosakkan struktur DNA. Selain itu, bahan pencemar ini turut mengganggu sistem imun badan serta menjejaskan fungsi organ perkumuhan penting seperti buah pinggang, sekali gus meningkatkan risiko penyakit kronik yang boleh membawa maut. Kajian saintifik juga membuktikan bahawa pendedahan jangka panjang boleh menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak dan memberikan impak negatif kepada kesihatan janin bagi wanita hamil. Kemudaratan impak pencemaran ini kepada manusia menekankan keperluan mendesak bagi masyarakat dan sektor industri untuk beralih kepada pengurusan tenaga yang lebih mampan, selamat, dan mesra alam demi melindungi kelangsungan serta kesejahteraan generasi masa hadapan. Menuju Kelestarian: Strategi Menangani Pencemaran Diesel Bagi menangani ancaman pencemaran diesel yang kian meruncing, pendekatan menyeluruh amat diperluka

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *