Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Advertisement Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Bernama 23/02/2026 | 20:00 MYT Dari segi perbelanjaan, Purbaya berkata perbelanjaan negara berada pada 227.3 trilion rupiah atau 5.9 peratus daripada had siling APBN, berkembang kukuh sebanyak 25.7 peratus tahun ke tahun. – Gambar Facebook Purbaya JAKARTA: Anggaran Pendapatan dan Belanja Negara (APBN) Indonesia mencatatkan defisit sebanyak 54.6 trilion rupiah atau 0.21 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat 31 Januari, kerajaan menyifatkan kedudukan fiskal sebagai terkawal dan kekal dalam landasan ditetapkan bagi APBN 2026.Menteri Kewangan Purbaya Yudhi Sadewa berkata baki utama berjumlah 4.2 trilion rupiah juga mencerminkan pengurusan fiskal yang berhemat oleh kerajaan.Advertisement Beliau berkata pencapaian APBN bagi tempoh tersebut mempamerkan prestasi yang kukuh dengan hasil kerajaan mencecah 172.7 trilion rupiah atau 5.5 peratus daripada sasaran APBN, mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 9.5 peratus.”Prestasi ini disokong oleh hasil cukai yang kekal utuh serta pendapatan negara bukan cukai, ia mula menunjukkan pemulihan di luar komponen tidak berulang tahun lepas,” katanya pada sidang media disiarkan menerusi akaun YouTube Kementerian Kewangan pada Isnin.Dari segi perbelanjaan, Purbaya berkata perbelanjaan negara berada pada 227.3 trilion rupiah atau 5.9 peratus daripada had siling APBN, berkembang kukuh sebanyak 25.7 peratus tahun ke tahun.”Ini menunjukkan pecutan perbelanjaan kerajaan sejak awal tahun, terutamanya untuk menyokong program keutamaan, mengekalkan kuasa beli dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi pada suku pertama,” katanya.Pembiayaan berada pada 105.1 trilion rupiah atau 15.2 peratus daripada sasaran, dilaksanakan secara terukur dan proaktif untuk mengekalkan kecairan dan kestabilan pasaran kewangan.Secara keseluruhan, beliau berkata APBN 2026 terus berfungsi secara optimum sebagai penyerap kejutan serta enjin pertumbuhan ekonomi.”Dengan pendapatan yang meningkat secara positif, perbelanjaan dipercepatkan dan defisit yang kekal terkawal, kami optimis APBN akan terus mengekalkan kestabilan, pada masa sama menyokong momentum pertumbuhan ekonomi negara sepanjang 2026,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Fiskal #Ekonomi #pasaran kewangan #hasil kerajaan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum few seconds ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 2 minutes ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 17 minutes ago Malaysia Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar 1 hour ago Malaysia Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok 1 hour ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal
