Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal Advertisement Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas Bernama 23/02/2026 | 20:15 MYT Azizee berkata siasatan awal mendapati sindiket yang aktif sejak Disember lepas itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memproses dan membungkus semula bahan terlarang tersebut untuk pasaran tempatan di Pulau Pinang. – Gambar Bernama GEORGE TOWN: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemprosesan dadah dan merampas syabu serta heroin bernilai hampir RM1.2 juta hasil penahanan tiga lelaki dalam beberapa serbuan di sekitar Seberang Perai Utara dan daerah Barat Daya pada Jumaat dan Sabtu lepas.Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Azizee Ismail berkata serbuan yang bermula pada 9 pagi Jumaat dan berakhir 8 pagi keesokannya itu, dilakukan hasil risikan dan maklumat yang diterima.Advertisement “Dalam serbuan pertama di Teluk Air Tawar di Seberang Perai Utara, polis menahan seorang lelaki di hadapan sebuah rumah dan hasil soal siasat, dia telah membawa polis ke satu lokasi penyimpanan dadah.”Hasil pemeriksaan, polis merampas heroin seberat lima kilogram (kg) serta syabu sebanyak 10.33 kg yang disimpan dalam beberapa beg berzip dan plastik lut sinar,” katanya dalam kenyataan hari ini.Suspek kedua pula ditahan di tepi jalan di kawasan Barat Daya, Pulau Pinang yang kemudian membawa polis ke sebuah kediaman lain dan hasilnya polis merampas heroin seberat 3,032 gram (g) serbuk kafein (18.5 kg), serbuk penaik (2,032 gram) serta pelbagai cecair kimia dan peralatan dipercayai digunakan untuk memproses dadah.Suspek ketiga pula turut ditahan di kawasan Barat Daya namun tiada sebarang dadah dirampas daripada lelaki itu.”Hasil operasi berkenaan, polis telah menjalankan tindakan penyitaan kenderaan iaitu dua kereta dan dua motosikal, barangan kemas dan wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM245,000,” katanya.Azizee berkata siasatan awal mendapati sindiket yang aktif sejak Disember lepas itu dipercayai mendapatkan bekalan dadah daripada rangkaian mereka sebelum memproses dan membungkus semula bahan terlarang tersebut untuk pasaran tempatan di Pulau Pinang.Polis, katanya sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesan rangkaian sindiket itu dan dadah yang dirampas itu dipercayai boleh digunakan kira-kira 70,000 penagih.Beliau berkata ketiga-tiga lelaki berusia antara 37 hingga 58 tahun itu kini direman hingga 27 Feb ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.– BERNAMA Topic Berkaitan #Dadah #PDRM #bahan terlarang #Syabu Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kisah Truper Indiran inspirasi semangat patriotisme rentas kaum few seconds ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 1 minute ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 16 minutes ago Malaysia Mahkamah tolak permohonan Ahmad Dusuki dapatkan kembali tauliah mengajar 1 hour ago Malaysia Polis kesan suspek pecah cermin kereta Teresa Kok 1 hour ago Bisnes Bursa Malaysia ditutup tinggi, teruskan momentum meningkat 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas
