Perlis sasar tarik pelabur Perancis dalam sektor pertanian moden, pendidikan dan teknologi hijau | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan Advertisement Malaysia Perlis sasar tarik pelabur Perancis dalam sektor pertanian moden, pendidikan dan teknologi hijau Astro AWANI 24/02/2026 | 06:30 MYT Tuanku Syed Faizuddin (dua dari kanan) berkenan menyerahkan sumbangan RM4,000 kepada Masjid Les Abeilles di Paris sempena program Infaq Ramadan anjuran Kedutaan Besar Malaysia bersama komuniti Islam di Paris pada Isnin. Hadir sama Eldeen Husaini (kiri). – Gambar ihsan MAIPs PARIS: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah, sudah tiba masanya Perlis membuka pintu lebih luas kepada pelabur Perancis yang kini giat mencari peluang baharu di Asia Tenggara, khususnya Malaysia.Baginda bertitah, antara sektor berpotensi besar untuk diterokai bersama ialah pertanian moden, pendidikan berkualiti tinggi dan teknologi hijau.Advertisement Menurut kenyataan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), titah berkenaan disampaikan selepas baginda berkenan menyerahkan sumbangan RM4,000 kepada Masjid Les Abeilles di Paris sempena program Infaq Ramadan anjuran Kedutaan Besar Malaysia bersama komuniti Islam di kota tersebut, pada Isnin.Sumbangan itu diterima oleh Imam Benerruoa Jamal dan Imam Assougdam Said, dengan turut disaksikan Duta Besar Malaysia ke Perancis, Datuk Eldeen Husaini Mohd Hashim, serta pegawai-pegawai kedutaan.Menurut Eldeen Husaini, inisiatif ‘From Perlis To Paris’ mencerminkan komitmen MAIPs dalam memperkukuh hubungan ukhuwah dan menyokong usaha kebajikan masyarakat Islam di luar negara.Beliau turut memaklumkan, perdagangan keseluruhan Malaysia–Kesatuan Eropah pada 2025 melebihi 630 bilion euro, mencatat rekod baharu meskipun berdepan cabaran pasaran global. Peningkatan eksport Malaysia meliputi produk elektrik dan elektronik (E&E), barangan berasaskan minyak sawit serta peralatan pengangkutan.Menurutnya, trend itu menunjukkan Malaysia terus kekal kompetitif dan berada pada kedudukan kukuh dalam rantaian bekalan global, menjadikan negara ini pilihan strategik bagi pembeli dan pemain industri Eropah, termasuk Perancis.Susulan itu, pihak Kedutaan Malaysia di Paris akan memperkenalkan Kawasan Perindustrian Lembah Chuping (CVIA) kepada pelabur Perancis yang berminat mengembangkan perniagaan ke Malaysia.Dalam sektor pendidikan, kedutaan turut akan menghubungi Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) untuk mempertimbangkan permohonan pelajar Perancis bagi mengikuti program pertukaran jangka pendek di Perlis.Selain itu, MAIPs melalui Universiti Islam Antarabangsa Tuanku Syed Sirajuddin (UniSIRAJ) turut menawarkan peluang pengajian kepada komuniti Muslim luar negara, termasuk Perancis, melalui program berkonsepkan Applied Sunnah yang menjadi identiti unik universiti tersebut. Topic Berkaitan #Perlis #pelabur Perancis #Raja Muda Perlis #Tuanku Syed Faizuddin #MAIPs Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 8 minutes ago Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini 23 minutes ago Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan 38 minutes ago Sukan Sesko muncul wira Manchester United benam Everton 53 minutes ago Malaysia Op Bersepadu Khazanah: Kilang perabot tanpa lesen diserbu, rampasan lebih RM700,000 1 hour ago Dunia Australia sokong usaha gugurkan Andrew daripada senarai pewaris takhta diraja Britain 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Perlis sasar tarik pelabur Perancis dalam sektor pertanian moden, pendidikan dan teknologi hijau
