Donald Trump ugut negara yang ‘bermain helah’ dengan tarif | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini Advertisement Dunia Donald Trump ugut negara yang ‘bermain helah’ dengan tarif Agensi 24/02/2026 | 06:15 MYT Presiden Donald Trump berucap pada majlis makan malam Persatuan Gabenor Kebangsaan di White House, Washington, pada Sabtu, 21 Februari 2026. – Gambar AP WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Isnin memberi amaran bahawa negara-negara yang cuba mengambil kesempatan selepas Mahkamah Agung membatalkan tarif global beliau minggu lalu akan berdepan kenaikan tarif yang lebih berat.“Mana-mana negara yang mahu ‘bermain helah’ dengan keputusan Mahkamah Agung yang tidak masuk akal itu, terutamanya negara yang telah ‘mengaut keuntungan’ daripada AS selama bertahun-tahun, malah beberapa dekad, akan dikenakan tarif yang jauh lebih tinggi — dan lebih teruk — daripada apa yang dipersetujui sebelum ini,” tulis Trump di media sosial.Advertisement Keputusan Mahkamah Agung itu memberi tamparan hebat kepada agenda ekonomi Trump, yang menjadikan dasar tarif termasuk keupayaannya mengenakan tarif dengan cepat sebagai elemen utama.Buat masa ini, Wakil Perdagangan AS, Jamieson Greer, berkata, beliau menjangka rakan dagang akan “berpegang” pada perjanjian tarif yang telah dimeterai dengan Washington.Selepas Mahkamah Agung memutuskan minggu lalu bahawa tarif khusus negara yang dikenakan Trump adalah melampaui kuasa beliau kerana menggunakan kuasa ekonomi kecemasan secara tidak wajar, Trump kemudian berpaut pada undang-undang lain untuk mengumumkan tarif baharu sebanyak 15 peratus ke atas import.Trump juga menegaskan dalam satu lagi hantaran di Truth Social pada Isnin bahawa “sebagai Presiden, saya tidak perlu kembali kepada Kongres untuk mendapatkan kelulusan tarif.”Beliau turut mendakwa, keputusan mahkamah itu sebenarnya memberi beliau “lebih banyak kuasa dan kekuatan,” serta membolehkan beliau menggunakan “lesen untuk melakukan perkara yang benar-benar ‘buruk’ terhadap negara asing.” – Agensi Topic Berkaitan #Donald Trump #ugutan Trump #tarif AS #Mahkamah Agung AS Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS 9 minutes ago Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak 11 minutes ago Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini 21 minutes ago Malaysia [TERKINI] Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini 31 minutes ago Malaysia Permohonan Zahid untuk pembebasan penuh dalam kes Yayasan Akalbudi didengar hari ini 46 minutes ago Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Donald Trump ugut negara yang ‘bermain helah’ dengan tarif
