Lebih separuh jurulatih tempatan MA bekas atlet negara | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini Advertisement Sukan Lebih separuh jurulatih tempatan MA bekas atlet negara Bernama 24/02/2026 | 07:00 MYT Nurhayati ketika bercakap pada sidang media selepas Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bilangan 1/2026 acara Olahraga di Majlis Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur, 23 Feb 2026. –fotoBERNAMA KUALA LUMPUR: Lebih separuh daripada 16 jurulatih tempatan yang diluluskan untuk dilantik oleh Olahraga Malaysia (MA) terdiri daripada bekas atlet negara, kata Setiausaha Agung MA, Nurhayati Karim.Beliau berkata keputusan itu adalah sebahagian daripada penstrukturan semula barisan kejurulatihan kebangsaan bagi memperkemas sistem latihan dan memperkukuh persiapan atlet menghadapi kejohanan utama akan datang.Advertisement “Bagi barisan kejurulatihan, kami telah mencapai persetujuan untuk melantik 16 jurulatih tempatan. Terdapat wajah baharu dan ada yang disambung semula. Ramai bekas atlet juga ditawarkan sebagai jurulatih di bawah program ini. Lebih separuh adalah bekas atlet.“Kami merancang untuk melantik 20 jurulatih, tetapi kelulusan hanya diberikan bagi 19 jawatan, termasuk tiga slot untuk jurulatih luar negara,” katanya selepas mesyuarat jawatankuasa kerja di Majlis Sukan Negara (MSN), Bukit Jalil, semalam.Katanya tiga jurulatih luar negara itu disasarkan untuk memperkasakan acara balingan, larian jarak sederhana dan jauh serta pecut, yang dikenal pasti sebagai disiplin utama untuk diperkukuh.“Kami menyasarkan calon dari India, Jerman, Afrika Selatan dan Botswana. Pemilihan terakhir masih dalam proses,” katanya.Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula ini, MA akan melantik ketua jurulatih bagi setiap disiplin utama iaitu pecut, lompatan, balingan serta larian jarak sederhana dan jauh, bagi memastikan sistem latihan lebih tersusun dan persiapan atlet lebih mantap.Beliau berkata surat lantikan akan diedarkan dalam masa terdekat, dengan semua urusan pentadbiran dan dokumentasi sedang diperincikan. Pengumuman barisan penuh dijangka dilakukan minggu hadapan.Nurhayati berkata buat masa ini, MA tidak merancang untuk melantik pengarah teknikal kerana tumpuan diberikan kepada pengukuhan struktur kejurulatihan sedia ada dan pelaksanaan program latihan secara lebih tersusun.Beliau berkata program latihan dijangka bermula 1 Mac ini, dengan sasaran penyertaan atlet negara dalam kira-kira 20 kejohanan.– BERNAMA Topic Berkaitan #bekas atlet negara #Nurhayati Karim #Olahraga Malaysia #jurulatih Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada RM3.87 berbanding dolar AS 16 minutes ago Malaysia Lelaki meninggal dunia ketika daki Gunung Lambak 17 minutes ago Malaysia Isu RUU Tadbir Urus AI, keputusan Mahkamah Agung AS tumpuan Dewan Rakyat hari ini 27 minutes ago Malaysia [TERKINI] Exco Terengganu dihadapkan ke mahkamah hari ini 37 minutes ago Malaysia Permohonan Zahid untuk pembebasan penuh dalam kes Yayasan Akalbudi didengar hari ini 53 minutes ago Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Lebih separuh jurulatih tempatan MA bekas atlet negara
