"Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung

"Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim Advertisement Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung Astro AWANI 13/02/2026 | 21:45 MYT Papa Zola The Movie muncul sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung. KUALA LUMPUR: Papa Zola The Movie muncul sebagai filem animasi nombor satu di Malaysia dengan catatan 4.4 jumlah penonton di seluruh Asia Tenggara, dan meraih lebih RM68.2 juta kutipan pecah panggung.Pencapaian itu menjadikannya sebagai filem Malaysia ketiga tertinggi sepanjang zaman dari segi kutipan, selepas Mat Kilau dan Blood Brothers.Advertisement Pengarah Media MONSTA Faiz Zainal Aabidin berkata bersempena dengan cuti panjang Tahun Baharu Cina yang bakal tiba dan cuti persekolahan selama seminggu, pihak produksi terus menggiatkan usaha mengajak rakyat Malaysia meluangkan masa bersama-sama keluarga menonton filem itu di pawagam.”Pada masa yang sama, MONSTA sedang memperluas fokus promosi ke pasaran antarabangsa susulan prestasi memberangsangkan filem ini di luar negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran MD Pictures Rivki Morais berkata pencapaian itu mencerminkan penerimaan positif penonton Indonesia terhadap Papa Zola The Movie, yang kini berada dalam kelompok lima filem teratas paling banyak ditonton di pawagam ketika ini, dengan kehadiran penonton yang tinggi, khususnya di pusat bandar.Papa Zola The Movie akan meneruskan tayangan serta aktiviti promosi antarabangsa di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu pada April, diikuti pasaran Majlis Kerjasama Teluk (GCC) yang lain termasuklah Bahrain, Oman dan Qatar pada Mei, serta Turkiye, India dan Vietnam pada Jun.Bagi mendekatkan filem ini dengan penonton di setiap negara, Papa Zola The Movie turut ditampilkan dalam versi alih suara yang disesuaikan mengikut bahasa tempatan selaras dengan keperluan dan cita rasa pasaran masing-masing. Seiring dengan musim perayaan, rakyat Malaysia diundang untuk menonton Papa Zola The Movie di pawagam, tontonan pilihan keluarga sepanjang cuti sekolah.– BERNAMA TAG: Papa Zola The Movie, pencapaian, MONSTA, filem, pecah panggung    Topic Berkaitan #Papa Zola The Movie #kutipan pecah panggung #Media MONSTA #pawagam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 54 minutes ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 1 hour ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 1 hour ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 1 hour ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 1 hour ago Malaysia JKDM rekod nilai rampasan lebih RM160 juta bulan lepas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *