Ops Middleman: Loke dedah kebocoran maklumat dalaman JPJ, sokong tindakan SPRM

Ops Middleman: Loke dedah kebocoran maklumat dalaman JPJ, sokong tindakan SPRM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Advertisement Malaysia Ops Middleman: Loke dedah kebocoran maklumat dalaman JPJ, sokong tindakan SPRM Shafiqa Azami 25/02/2026 | 20:15 MYT Menteri Pengangkutan Anthony Loke menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RAC Tahun 2025 dan Program Ihya Ramadan bersama anak yatim dan media di Aloft Kuala Lumpur Sentral. KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mendedahkan wujud kebocoran maklumat dalaman dalam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang dipercayai membolehkan sindiket tonto mengetahui operasi penguatkuasaan lebih awal.Beliau berkata, perkara itu dikesan selepas menerima pelbagai aduan termasuk daripada pengusaha lori di beberapa negeri, bukan sahaja di selatan Semenanjung malah turut melibatkan Sabah.Advertisement “Terdapat keadaan di mana maklumat berkaitan operasi penguatkuasaan sudah diketahui oleh pengusaha sebelum pegawai JPJ turun ke lapangan,” katanya.“Ini bermaksud ada kaki tangan atau pegawai penguat kuasa JPJ yang membocorkan maklumat kepada pihak luar sebelum tindakan diambil,” katanya.Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyerahan Zakat Perniagaan RAC Tahun 2025 dan Program Ihya Ramadan bersama anak yatim dan media di Kuala Lumpur pada Rabu. Loke berkata, insiden kebocoran itu berlaku beberapa kali dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini, sekali gus menjejaskan keberkesanan operasi besar-besaran yang dilaksanakan bagi membanteras isu lebih muatan (overloading).Katanya, pada awalnya pihak kementerian tertanya-tanya mengapa terdapat pengusaha yang seolah-olah kebal daripada tindakan undang-undang.“Akhirnya kita tahu bahawa mereka mendapat maklumat lebih awal. Jadi apabila ada operasi, mereka akan patuh had muatan pada hari tersebut,” jelasnya.Susulan itu, beliau telah memaklumkan perkara berkenaan kepada Ketua Pengarah dan Pengarah Penguat Kuasa JPJ sebelum tindakan susulan diambil bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).Hasil kerjasama tersebut membawa kepada tangkapan beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam kegiatan rasuah dan penyaluran maklumat kepada sindiket tonto.Loke turut merakamkan penghargaan kepada SPRM dan pengurusan tertinggi JPJ atas tindakan tegas yang diambil serta menegaskan sokongan penuh terhadap usaha membersihkan elemen negatif dalam jabatan berkenaan.“Perkara ini tidak boleh dikompromi. Kita mesti mempertahankan imej dan integriti JPJ,” tegasnya.Beliau turut memberi amaran bahawa bukan sahaja pegawai yang terlibat akan dikenakan tindakan, malah pengusaha yang membayar tonto untuk mendapatkan maklumat juga sedang dikenal pasti.Jika kesalahan berulang, katanya, bukan sahaja permit boleh digantung, malah lesen pengendali juga boleh ditarik balik sebagai langkah lebih tegas memastikan pematuhan undang-undang.Terdahulu pada Rabu SPRM menahan reman 13 individu termasuk tiga anggota penguat kuasa kerana disyaki mendalangi kartel tonto yang berkaitan dengan aktiviti rasuah perlindungan haram terhadap kenderaan perdagangan.Operasi bersepadu telah dijalankan bersama (JPJ) membabitkan serbuan ke atas 14 kediaman dan 18 syarikat sekitar Lembah Klang.Kesemua suspek disyaki menjadi ejen dan ‘orang tengah’ yang menawarkan dan memberi rasuah antara RM100 hingga RM4,500 setiap bulan kepada anggota-anggota penguat kuasa JPJ Kuala Lumpur dan Selangor sebagai balasan untuk melindungi serta tidak mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap lori-lori mereka di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333). Topic Berkaitan #Ops Middleman #JPJ #SPRM #sindiket tonto Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur 1 minute ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 3 minutes ago Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 13 minutes ago Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton 20 minutes ago Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara 21 minutes ago Dunia Saintis guna AI tingkat ketahanan padi terhadap perubahan iklim 28 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *