Insiden Komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Advertisement Malaysia Insiden Komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka Bernama 25/02/2026 | 21:01 MYT Mohd Shuhaily berkata ancaman seperti itu telah dijangka dan beliau telah mengingatkan pegawai serta anggotanya agar berwaspada dengan ancaman dan ugutan jenayah. – Bernama BUKIT KAYU HITAM: Insiden tembakan terhadap kenderaan yang dinaiki oleh Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) Bukit Kayu Hitam SAC Mohd Nasaruddin Mohd Nasir, dipercayai mempunyai kaitan dengan tindakan penguatkuasaan tegas agensi itu sejak kebelakangan ini.Ketua Pengarah AKPS Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata beliau tidak menolak kemungkinan ada pihak terjejas susulan tindakan itu, sehingga mencetuskan risiko ancaman terhadap pegawai dan anggotanya.Advertisement Mohd Shuhaily berkata ancaman seperti itu telah dijangka dan beliau sendiri, semasa menyampaikan ucapan kepada komander-komandernya empat minggu lepas, telah mengingatkan pegawai serta anggotanya agar berwaspada dengan sebarang ancaman dan ugutan jenayah.”Jadi, kita telah ambil perhatian (terhadap risiko ancaman) dan pagi ini kita tidak menjangka pergi ke tahap tersebut,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini hari ini, ketika diminta mengulas tentang insiden berkenaan.Beliau berkata sejak ditubuhkan 14 bulan lepas, AKPS telah melaksanakan tanggungjawab dengan penuh komitmen dan integriti, sekali gus memberikan tekanan kepada pihak yang selama ini terlibat dalam kegiatan menyalahi undang-undang.”AKPS baru berusia 14 bulan dan untuk terima tekanan atau ancaman sedemikian, sudah tentu (AKPS) telah menzahirkan satu tekanan kepada pihak yang melanggar undang-undang selama ini. Siapa tak sanggup buat begitu, kalau tak rasa tertekan?”Dalam tempoh 14 bulan ini, anak buah saya lakukan tugas dengan penuh keikhlasan dan kejujuran. Jadi, mungkin selama ini aktiviti (jenayah) biasa dah sukar dilaksanakan, itu menyebabkan ada tindak balas sedemikian,” katanya.Baru-baru ini, katanya, AKPS Bukit Kayu Hitam mencatat rekod rampasan tertinggi pelbagai barangan seludup bernilai lebih RM3.1 juta, hasil Ops Bersepadu yang dijalankan bermula dari 15 Jan hingga 15 Feb lepas.”Ia merupakan satu rekod untuk pintu masuk Bukit Kayu Hitam yang belum pernah dicapai selama ini. Rekod itu membawa risiko yang dihadapi pagi tadi (insiden tembakan),” katanya.Sementara itu, Mohd Shuhaily berkata AKPS mendapat sokongan penuh daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail termasuk dalam mempertingkatkan aspek keselamatan agensi itu.Mohd Shuhaily berkata Perdana Menteri ada menghubunginya awal pagi tadi dan meminta beliau memaklumkan kepadanya perkara-perkara yang dapat ditambah baik dalam agensi berkenaan.”Antara perkara yang kita lihat di sini, pegawai-pegawai AKPS ini tidak dibekalkan dengan senjata api … itu satu skop yang mungkin boleh dibaiki dalam masa yang terdekat dan jaket kalis peluru serta perkara-perkara yang boleh menjamin keselamatan anak buah saya untuk bekerja dengan lebih selamat,” katanya.Beliau juga meminta orang ramai supaya tidak bimbang dengan insiden tersebut kerana kejadian itu ialah kes terpencil yang tidak melibatkan orang awam dan mereka boleh menggunakan ICQS Bukit Kayu Hitam seperti biasa.Mengulas mengenai keadaan Mohd Nasaruddin, katanya, beliau kini berada dalam keadaan selamat, stabil dan kekal bersemangat tinggi untuk meneruskan tanggungjawab dan amanah demi keselamatan negara.”Beliau datang daripada unit yang sememangnya telah terlatih, bukan biasa. Sudah terlatih untuk kawal emosi dan reaksi. Kita nampak dia tenang dan selamat, alhamdulillah dan masih komited dengan kerja beliau dan itulah yang kita mahu daripada semua anggota dan pegawai di Bukit Kayu Hitam ini,” katanya.Dalam kejadian pada 5.40 pagi tadi, kereta Proton X70 dipandu Mohd Nasaruddin ditembak di susur masuk ke Masjid Al Muhajirin Bukit Kayu Hitam, iaitu kira-kira satu kilometer dari sempadan Malaysia–Thailand.Sementara itu, di PUTRAJAYA, AKPS dalam kenyataan memaklumkan insiden terbabit tidak akan melemahkan semangat warga kerjanya, sebaliknya akan terus memperkukuh lagi iltizam seluruh pegawai dan anggota untuk berdiri teguh, berani dan profesional dalam melaksanakan amanah menjaga keselamatan sempadan negara.”AKPS akan terus memastikan setiap pintu masuk negara kekal selamat, terkawal dan berdaulat, serta tidak akan sesekali berkompromi terhadap sebarang ancaman yang cuba menggugat keselamatan, keamanan dan kedaulatan tanah air,” menurut kenyataan itu.AKPS Bukit Kayu Hitam menerima beberapa ancaman sejak kebelakangan ini dan insiden yang berlaku pagi tadi ialah satu tindakan tidak bertanggungjawab yang dipandang serius serta sama sekali tidak akan dikompromi.Sebarang bentuk ancaman, ugutan atau serangan terhadap petugas keselamatan negara, ialah satu perbuatan jenayah yang tidak boleh diterima dan tindakan tegas akan diambil selaras dengan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan serta kedaulatan pintu masuk negara. — BERNAMA Topic Berkaitan #Mohd Shuhaily Mohd Zain #AKPS #risiko #tembakan #Komander AKPS Bukit Kayu Hitam Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur few seconds ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 2 minutes ago Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 12 minutes ago Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton 19 minutes ago Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara 21 minutes ago Dunia Saintis guna AI tingkat ketahanan padi terhadap perubahan iklim 27 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, A
Insiden Komander AKPS ditembak: Shuhaily akui ancaman sudah dijangka
