Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 Advertisement Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok Bernama 25/02/2026 | 21:59 MYT Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) Datuk Dr Mohd Azman Yacob meninjau sebahagian gerai makanan sempena Program Walkabout Bazar Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026 di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV hari ini. – Foto BERNAMA KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) akan mengambil sampel makanan secara rawak di seluruh bazar ramadan di negeri ini mulai esok, kata Pengarahnya Datuk Dr Mohd Azman Yacob.Beliau berkata pemeriksaan tersebut juga akan tertumpu terhadap premis menjual makanan yang berisiko seperti berasaskan santan dan minuman.Advertisement “Kadang-kadang makanan ini ia kelihatan baik tetapi mungkin ada kuman yang kita tidak nampak sehingga boleh menyebabkan keracunan makanan.”Keputusan sampel makanan yang kita ambil ini jangka diketahui dalam masa satu atau dua minggu, sebelum tindakan selanjutnya diambil kepada peniaga berkenaan,” katanya.Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Walkabout Bazar Ramadan Peringkat Negeri Kelantan 2026 di perkarangan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, hari ini.Dr Mohd Azman berkata sehingga kini sebanyak 386 gerai serta 625 pengendali makanan bazar ramadan di Kelantan telah diperiksa.”Daripada jumlah itu, 305 premis berada pada tahap bersih, manakala 620 pengendali makanan didapati telah mendapat suntikan anti tifoid.”Hasil operasi pemeriksaan dan pemantauan pula, sebanyak 15 notis kompaun di bawah Seksyen 32B Akta Makanan 1983 dikeluarkan kepada pengendali makanan yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan 2009,” katanya.Beliau berkata setakat ini pihaknya tidak menerima sebarang laporan atau aduan berkaitan keracunan makanan di bazar ramadan.”Kita juga sebenarnya telah menjalankan pemantauan menyeluruh di seluruh negeri sebelum Ramadan lagi melibatkan pusat pembekalan bahan mentah berisiko tinggi seperti 48 kilang pemprosesan ayam, 30 premis pembekal santan dan 27 kilang pemprosesan ais,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Jabatan Kesihatan Kelantan #sampel makanan #BAZAR RAMADAN #Dr Mohd Azman Yacob Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Sabah dijangka alami cuaca lembap lima hari, NRES perhebat pemantauan – Arthur few seconds ago Malaysia Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok 2 minutes ago Dunia Singapura catat penurunan kerugian berkaitan penipuan pada 2025 12 minutes ago Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton 19 minutes ago Sukan Keputusan CAS: Tempoh 48 jam penentu maruah bola sepak negara 20 minutes ago Dunia Saintis guna AI tingkat ketahanan padi terhadap perubahan iklim 27 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Jabatan Kesihatan Kelantan ambil sampel makanan di bazar Ramadan mulai esok
