"Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton

"Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan Malaysia Parlimen: Malaysia perlu dana 'deep tech' fokus kepada teknologi strategik – Sivaraj Advertisement Malaysia "Papa Zola The Movie" filem Malaysia paling berjaya di Indonesia, tarik 515,000 penonton Bernama 25/02/2026 | 21:43 MYT Filem animasi tempatan, “Papa Zola The Movie” terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw, mencipta satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa selepas muncul sebagai filem Malaysia paling mendapat sambutan di Indonesia, dengan 515,000 penonton sepanjang 35 hari tayangan di negara itu. KUALA LUMPUR: Filem animasi tempatan, “Papa Zola The Movie” terbitan Monsta dengan kerjasama Astro Shaw, mencipta satu lagi kejayaan di peringkat antarabangsa selepas muncul sebagai filem Malaysia paling mendapat sambutan di Indonesia, dengan 515,000 penonton sepanjang 35 hari tayangan di negara itu.Dalam kenyataan hari ini, Monsta memaklumkan kejayaan itu juga meletakkan filem berkenaan dalam kalangan tiga filem dengan kutipan tertinggi di Indonesia pada awal tahun ini, satu pencapaian penting buat industri filem Malaysia di pasaran serantau.Advertisement “Sambutan luar biasa di Indonesia membuktikan kekuatan jalan cerita yang mantap serta daya tarikan sejagat yang merentas sempadan budaya dan bahasa,” menurut kenyataan itu.Menurut Monsta, pencapaian di Indonesia menambah kepada kejayaan terdahulu filem itu di Malaysia, Singapura dan Brunei dengan jumlah kutipan keseluruhan setakat ini melebih RM69 juta, sekali gus mencerminkan sokongan berterusan penonton dari seluruh Asia Tenggara.Sebagai sebahagian daripada strategi perluasan pasaran global, filem arahan Nizam Razak itu dijadual ditayangkan di Arab Saudi, Kuwait dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir April ini, diikuti Korea Selatan dan Turkiye (Mei) serta Vietnam dan India (Jun).Bagi memenuhi keperluan penonton antarabangsa, pasukan produksi turut melakukan alih suara dalam beberapa bahasa utama termasuk Inggeris, Korea, Arab, Hindi, Turki dan Vietnam.Selain terjemahan, pasukan itu juga akan memasukkan elemen seperti dialog, humor dan rujukan budaya untuk disesuaikan dengan citarasa setiap pasaran.Dengan tayangan akan datang di Timur Tengah dan Asia Timur, filem itu dijangka mengekalkan momentum globalnya, sekali gus mengukuhkan kedudukan Malaysia dalam industri animasi antarabangsa.– BERNAMA  Topic Berkaitan #Papa Zola The Movie #Astro Shaw #filem Malaysia paling berjaya #Indonesia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini few seconds ago Malaysia AKPS perkukuh keselamatan, teliti tubuh pasukan khas susulan insiden tembakan 3 minutes ago Malaysia Parlimen: Malaysia perlu dana 'deep tech' fokus kepada teknologi strategik – Sivaraj 40 minutes ago Malaysia Parlimen: 37 mahasiswa meninggal dunia dalam lima tahun 51 minutes ago Malaysia Parlimen: 2,889 kes buli direkod tahun lalu, 2024 catat angka tertinggi 54 minutes ago Malaysia Parlimen: Waktu PdP Matematik sekolah rendah ditambah kepada 608 jam 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *