Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan

Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan Advertisement Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan Bernama 26/02/2026 | 09:45 MYT Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera selepas dirempuh seorang warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, awal pagi tadi. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia cedera selepas dirempuh seorang warga asing dalam operasi penguatkuasaan di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, di sini awal pagi tadi.Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Imigresen Basri Othman berkata dalam operasi bermula 3.15 pagi,  pegawai itu disyaki patah kaki kiri dan suspek kemudiannya melarikan diri.Advertisement “Suspek bertindak agresif semasa keadaan kelam-kabut di tangga premis sehingga pegawai kami terjatuh. Pegawai itu dikejarkan ke hospital dan dilaporkan stabil,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.Basri berkata operasi melibatkan 85 pegawai dan anggota termasuk 15 daripada Pasukan Taktikal Khas (PASTAK) dengan 48 daripada 98 warga asing yang diperiksa ditahan atas pelbagai kesalahan.Antara kesalahan itu ialah tinggal lebih masa dan gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah dengan mereka terdiri daripada warga Myanmar, Thailand dan beberapa negara Afrika. Selain itu, Basri berkata dua lelaki Nigeria ditahan kerana disyaki menyalahgunakan pas pelajar dengan bekerja sebagai pengacara lagu (DJ).“Mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas,” katanya.Basri berkata kebanyakan pengunjung dalam keadaan khayal dipercayai akibat alkohol ketika pemeriksaan dijalankan. Siasatan awal juga mendapati premis itu menggunakan khidmat wanita warga asing yang menerima tempahan dan menetapkan kadar bayaran melalui telefon.Kesemua tahanan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk siasatan dan tindakan lanjut. — BERNAMA     Topic Berkaitan #imigresen #cedera #dirempuh #Warga Asing Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam 8 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS 18 minutes ago Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan 33 minutes ago Dunia Kerajaan Switzerland umum bayaran solidariti kepada mangsa kebakaran bar Crans-Montana 38 minutes ago Malaysia Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini 43 minutes ago Malaysia Rebut ganjaran besar lailatul qadar 48 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *