Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini

Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai Advertisement Malaysia Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini Bernama 26/02/2026 | 09:35 MYT – Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Status terkini reformasi permit masuk ke Malaysia serta pendirian kerajaan terhadap aktiviti dakwah di tempat terbuka antara isu yang menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.Menurut Aturan Urusan Mesyurat menerusi portal Parlimen, isu berkenaan bakal diajukan oleh Ahli Parlimen pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.Manndzri Nasib (BN-Tenggara) bertanyakan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung status terkini reformasi permit masuk negara, terutama aspek semakan semula dasar serta prosedur permohonan bagi memastikan pengurusan permohonan lebih efisien dan teratur.Pada sesi sama, Datuk Seri Dr Shahidan Kasim (PN-Arau) meminta Perdana Menteri menyatakan pendirian Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) tentang aktiviti dan program seperti Street Dakwah yang bersifat advokasi di ruang awam dan tidak mengganggu ketenteraman awam di Kuala Lumpur selaras dengan kedudukan Islam yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Sementara itu, pada sesi soal jawab pula Datuk Mohd Suhaimi Abdullah (PN-Langkawi) membangkitkan persoalan kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya berhubung pelaksanaan Tahun Melawat Malaysia 2026 dan sama ada program itu memberikan impak ekonomi secara langsung kepada penduduk Pulau Langkawi.Tan Kok Wai (PH-Cheras) pula meminta Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri menjelaskan tentang penilaian kerajaan terhadap kedudukan Malaysia dalam ekosistem kecerdasan buatan (AI) pada peringkat ASEAN dan global.Beliau juga ingin mengetahui strategi khusus yang sedang dan akan dilaksanakan untuk menarik pelaburan AI bernilai tinggi yang melibatkan penciptaan teknologi, pemindahan kepakaran dan pekerjaan berkemahiran tinggi untuk rakyat tempatan.Azli Yusof (PH-Shah Alam) mahu Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan langkah kerajaan menggubal undang-undang kecil atau peraturan bagi membolehkan pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan terhadap kenderaan yang terbiar dan sering menimbulkan masalah di kawasan kediaman berstrata.Wong Chen (PH-Subang) mengajukan soalan kepada Menteri Pengangkutan berhubung cadangan pembangunan Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang sebagai hab penerbangan, serta kerangka dasar, pelan mitigasi bunyi serta mekanisme pemantauan dan penguatkuasaan kerajaan bagi memastikan pematuhan perintah berkurung pada 10 malam.Persidangan Dewan Rakyat kemudian diteruskan dengan pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2025) bagi bacaan kali kedua.– BERNAMA   Advertisement Topic Berkaitan #Dewan Rakyat #permit #dakwah #Parlimen Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion 4 minutes ago Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan 14 minutes ago Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai 23 minutes ago Malaysia Lebih 2,000 kes buli, 3,570 kesalahan jenayah berlaku di sekolah tahun lepas – KPM 34 minutes ago Malaysia Jemaah menteri penuhi KPI, laksana tugas dengan integriti – JPM 44 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 2,288 orang pagi ini 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *