Keuntungan bersih Sunway naik kepada RM1.30 bilion bagi tahun kewangan 2025 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai Advertisement Bisnes Keuntungan bersih Sunway naik kepada RM1.30 bilion bagi tahun kewangan 2025 Bernama 26/02/2026 | 09:05 MYT KUALA LUMPUR: Keuntungan bersih Sunway Bhd meningkat kepada RM1.30 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2025 daripada RM1.15 bilion pada tahun kewangan 2024, didorong oleh hasil dan prestasi lebih tinggi merentasi pelbagai segmen.Hasil untuk tahun kewangan meningkat sebanyak 24.5 peratus kepada RM9.81 bilion daripada RM7.88 bilion sebelumnya disebabkan oleh prestasi operasi bertambah baik merentasi kebanyakan segmen perniagaan kecuali segmen pembangunan hartanah.Advertisement “Segmen pembangunan hartanah melaporkan hasil sebanyak RM1.45 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM393.9 juta untuk tahun kewangan 2025, mewakili hasil yang menyusut sebanyak 26.1 peratus dan keuntungan sebelum cukai sebanyak 13.6 peratus berbanding RM1.96 bilion dan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM455.8 juta pada tahun kewangan 2024,” katanya.Bagi suku keempat tahun kewangan 2025, keuntungan bersih kumpulan itu melonjak kepada RM502.35 juta berbanding RM334.33 juta dalam tempoh sama setahun lepas.Bagaimanapun, hasil untuk suku keempat tahun kewangan 2025 merosot sebanyak 18.8 peratus kepada RM2.31 bilion daripada RM2.85 bilion sebelumnya disebabkan oleh sumbangan lebih rendah daripada segmen pembangunan hartanah dan pembinaan.Sementara itu dalam kenyataan berasingan, Presiden Sunway Group Datuk Anuar Taib berkata prestasi rekod kumpulan itu menggariskan kecemerlangan operasinya dan memperkukuh peranan Sunway sebagai rakan kongsi pembinaan negara dipercayai.”Melihat ke hadapan, pertumbuhan ekonomi dijangka kekal berdaya tahan pada 2026, disokong oleh permintaan domestik yang stabil, aktiviti pelaburan kukuh dan perbelanjaan oleh pelancong lebih tinggi sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.”Berdasarkan perkembangan ini, kepelbagaian perniagaan kumpulan itu berada pada kedudukan terbaikj untuk memanfaatkan peluang pertumbuhan kitaran dan struktur di negara ini,” katanya.Beliau berkata Sunway optimis, pada masa sama berhati-hati untuk mencapai pertumbuhan pendapatan stabil pada tahun kewangan 2026, didorong oleh prospek memberangsangkan merentasi semua segmen perniagaan.– BERNAMA Topic Berkaitan #Sunway #keuntungan bersih #pembangunan hartanah #anuar taib Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Sukan Manchester United catat keuntungan operasi, namun beban hutang cecah RM7.54 bilion 4 minutes ago Malaysia SWCorp keluarkan 190 notis kesalahan buang sampah kecil di Negeri Sembilan 14 minutes ago Dunia Mahkamah Rayuan Hong Kong batalkan sabitan penipuan usahawan media Jimmy Lai 23 minutes ago Malaysia Lebih 2,000 kes buli, 3,570 kesalahan jenayah berlaku di sekolah tahun lepas – KPM 34 minutes ago Malaysia Jemaah menteri penuhi KPI, laksana tugas dengan integriti – JPM 44 minutes ago Malaysia Banjir Sabah: Mangsa meningkat kepada 2,288 orang pagi ini 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Keuntungan bersih Sunway naik kepada RM1.30 bilion bagi tahun kewangan 2025
