Lima sekeluarga maut kebakaran: Keadilan Pahang ucap takziah, salur bantuan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia Lima sekeluarga maut kebakaran: Keadilan Pahang ucap takziah, salur bantuan Astro AWANI 26/02/2026 | 18:43 MYT Lima sekeluarga itu ditemui maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di sini awal pagi tadi. – Gambar/ FB Farhan Fauzi KUALA LUMPUR: Keadilan Pahang menzahirkan ucapan takziah dan rasa dukacita yang mendalam susulan tragedi kebakaran yang mengorbankan lima sekeluarga di Raub awal pagi tadi.Dalam satu kenyataan, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) itu, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, menyifatkan insiden itu sebagai satu kehilangan besar bukan sahaja kepada masyarakat Raub tetapi seluruh rakyat negeri Pahang.Advertisement “Kehilangan lima nyawa dalam satu keluarga secara serentak adalah satu ujian yang sangat meruntun jiwa.”Saya mendoakan agar dua anak mangsa yang terselamat yang kini masing-masing sedang menuntut di Kolej Matrikulasi Gambang dan SMK Dong diberikan ketabahan, kesabaran, dan kekuatan iman yang setinggi-tingginya.”Kehilangan mengejut seluruh ahli keluarga tercinta merupakan satu trauma yang amat berat untuk dipikul,” katanya.Beliau berkata, sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, pihaknya melalui KEADILAN Cabang Raub akan segera menyalurkan bantuan awal bagi meringankan beban yang ditanggung oleh waris mangsa.”Fokus utama kami adalah untuk memastikan kebajikan dan kelangsungan pendidikan kedua-dua anak mangsa yang masih belajar terus terbela dalam waktu yang sukar ini.” katanya.Lima sekeluarga itu ditemui maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Pamah Kulat, Ulu Dong, di sini awal pagi tadi.Mangsa yang terkorban ialah Mohd Awi Muhammad, 56, isterinya Zaleha Adam @ Ibrahim, 44, serta tiga anak mereka, iaitu Ruby Adira Batrisya Mohd Alawi, 17, Ruby Adlina Banin Mohd Alawi, 14, dan Ruby Azyan Barizah Mohd Alawi, 10. Topic Berkaitan #kebakaran rumah #lima sekeluarga maut kebakaran #Pahang #Keadilan Pahang Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 6 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 16 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Lima sekeluarga maut kebakaran: Keadilan Pahang ucap takziah, salur bantuan
