SPRM seru tindakan segera atasi sisa plastik dan e-waste

SPRM seru tindakan segera atasi sisa plastik dan e-waste | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar Advertisement Malaysia SPRM seru tindakan segera atasi sisa plastik dan e-waste Bernama 26/02/2026 | 20:29 MYT Isu kemasukan sisa plastik dan sisa elektronik (e-waste) ke negara ini memerlukan tindakan segera serta penyelarasan menyeluruh antara agensi penguat kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki. – Gambar fail/BERNAMA PUTRAJAYA: Isu kemasukan sisa plastik dan sisa elektronik (e-waste) ke negara ini memerlukan tindakan segera serta penyelarasan menyeluruh antara agensi penguat kuasa, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki.Beliau berkata ketika ini siasatan dan pelupusan membabitkan lebih 800 kontena e-waste sedang dijalankan dengan kerjasama Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).Advertisement Mengambil contoh di Pelabuhan Klang, beliau berkata AKPS berperanan sebagai penyelaras, manakala JKDM, PDRM dan JAS akan hadir ke lokasi sekiranya terdapat maklumat atau aduan.”Bagi laluan darat pula, PDRM akan menggabungkan mana-mana agensi berkaitan untuk tindakan lanjut.”Kita juga sedang meneliti cadangan moratorium dan pandangan mengenainya akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Tatakelola (JTK) Nasional yang akan dipengerusikan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan selepas Mesyuarat JTK Peringkat Nasional hari ini.Sementara itu, Komander Kawalan dan Perlindungan Sempadan AKPS Pelabuhan Klang Datuk Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya mengambil pendekatan tegas dengan menahan kontena yang disyaki mengandungi e-waste sehingga pengesahan dibuat oleh JAS.Beliau berkata setiap penahanan direkodkan secara sistematik dan pelepasan hanya dibuat melalui mesyuarat kes. JKDM pula akan menyenaraikan kontena dalam senarai induk bagi tujuan pengasingan sama ada telah diperiksa atau sebaliknya.”JAS juga diwajibkan hadir semasa pembukaan kontena, manakala AKPS sedang membangunkan kaedah risikan untuk mengenal pasti kontena berisiko tinggi. Sekiranya melanggar undang-undang, kontena berkenaan akan ditolak keluar,” katanya.Dalam pada itu, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar yang mempengerusikan jawatankuasa tersebut berkata komitmen tinggi SPRM membanteras salah laku dan rasuah termasuk membabitkan perolehan kerajaan, penguatkuasaan serta perjanjian mega antarabangsa menjadi teras usaha memelihara integriti tatakelola negara.Beliau berkata komitmen berterusan SPRM mendedahkan pelbagai modus operandi rasuah wajar dihargai dan dijadikan peringatan kepada semua pihak, khususnya penjawat awam.”Saya berharap segala operasi dan tindakan penguatkuasaan ini menjadi peringatan dan pengajaran agar semua pihak sentiasa mematuhi undang-undang, menjunjung nilai integriti dan melaksanakan amanah dengan penuh tanggungjawab,” katanya.Beliau turut merakamkan penghargaan atas pendekatan proaktif SPRM selain mengucapkan tahniah atas pelancaran tagline baharu agensi itu, “Berani dan Radikal Perangi Rasuah”, yang menurutnya mencerminkan iltizam serta kesungguhan dalam memerangi rasuah demi kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat.– BERNAMA  Topic Berkaitan #SPRM #sisa plastik #e-waste #Azam Baki Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Ronaldo beli 25 peratus saham kelab Sepanyol Almeria 8 minutes ago Malaysia Agama perlu terus diangkat sebagai teras pembinaan negara – Zulkifli 19 minutes ago Malaysia MCMC perkenal Standard Mandatori pendaftaran pengguna prabayar 1 hour ago Malaysia Kementerian Komunikasi akan terus mudah cara pelaksanaan projek pelaburan Google – Fahmi 1 hour ago Malaysia Pindaan Akta Persaingan perkenal perlindungan, ganjaran kepada pemberi maklumat – Armizan 1 hour ago Malaysia KDN sedia sokong keperluan penggunaan senjata api bagi pegawai AKPS 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *