1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Polis nasihat majikan pantau tatacara pekerja bawa peralatan tajam Malaysia Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey Malaysia Ramadan medan tingkat keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik – Dr Wan Azizah Advertisement Malaysia 1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan Bernama 12/03/2026 | 00:32 MYT Armizan berkata, jumlah sebenar penerima manfaat inisiatif berkenaan mungkin lebih besar memandangkan angka itu hanya berdasarkan Sekretariat Bank Makanan di bawah KPDN. – Gambar fail KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.16 juta isi rumah telah menerima manfaat daripada inisiatif Bank Makanan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sejak 2020 hingga kini.Menteri berkenaan Datuk Armizan Mohd Ali berkata bagaimanapun, jumlah sebenar penerima manfaat inisiatif berkenaan mungkin lebih besar memandangkan angka itu hanya berdasarkan Sekretariat Bank Makanan di bawah KPDN, selain pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) turut menggerakkan inisiatif tersebut secara persendirian di seluruh negara.Advertisement “Kita mahu program ini bukan hanya mendapat impak yang besar tetapi kita dapat pastikan tidak ada golongan yang terpinggir atau tersasar… maka kita jemput semua NGO ini untuk bergerak sebagai rakan strategik untuk inisiatif bank makanan ini,” katanya semasa sidang media Program Ronda Ramadan Ihsan Bank Makanan (i-FB) di sini pada Rabu.Beliau berkata kerajaan kini memperkasa gerakan itu melalui inisiatif i-FB yang bertujuan menarik penyertaan lebih banyak rakan strategik termasuk industri, NGO dan institusi bagi memperluas pengagihan makanan kepada golongan memerlukan.Armizan juga berkata usaha itu penting dalam menangani isu pembaziran makanan susulan laporan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) yang mendapati Malaysia dianggar menghasilkan kira-kira 17,000 tan metrik sisa makanan setiap hari, dengan sekitar 4,000 tan metrik daripadanya masih boleh diselamatkan serta dimanfaatkan semula.Beliau berkata lebihan makanan yang berjaya diselamatkan bukan sahaja boleh disalur kepada golongan memerlukan malah membantu mengurangkan sisanya di tapak pelupusan sekali gus mengurangkan kesan terhadap alam sekitar seperti pelepasan gas metana.Dalam pada itu, Armizan berkata KPDN turut menyediakan mesin retort kepada beberapa rakan strategik menerusi program Inkubator i-FB bagi memproses makanan lebihan menjadi makanan sedia dimakan untuk diedarkan kepada kumpulan sasar.“Setakat ini, sebanyak 14 mesin retort telah disalurkan kepada beberapa institusi termasuk hotel dan institusi pendidikan bagi melaksanakan projek rintis inisiatif berkenaan,” katanya.Beliau berkata KPDN juga sedang berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk merangka mekanisme pengiktirafan kepada NGO dan pihak industri yang terlibat dalam inisiatif bank makanan.Armizan berkata langkah itu bertujuan menghargai komitmen pihak terlibat yang bukan sahaja membantu meringankan kos sara hidup rakyat malah menyumbang kepada agenda kelestarian alam sekitar dan keterjaminan makanan negara.“Kita berharap mekanisme ini dapat diumumkan secepat mungkin dan selewat-lewatnya dimasukkan sebagai antara inisiatif untuk belanjawan tahun depan,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Armizan Mohd Ali #KPDN #bank makanan #INISIATIF #NGO Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Polis nasihat majikan pantau tatacara pekerja bawa peralatan tajam 3 minutes ago Malaysia Kabinet lulus projek pembangunan terminal ketiga Pelabuhan Klang di Pulau Carey 13 minutes ago Malaysia Ramadan medan tingkat keprihatinan kepada golongan kurang bernasib baik – Dr Wan Azizah 28 minutes ago Dunia Pezeshkian gesa komuniti antarabangsa kecam jenayah AS-Israel 43 minutes ago Malaysia Media main peranan bangkitkan semangat kebangsaan, perkukuh pertahanan negara 58 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Langkah penjimatan untuk pastikan dana diguna bagi keperluan luar jangka 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
1.16 juta isi rumah terima manfaat inisiatif Bank Makanan sejak 2020 – Armizan
