Ada tokoh agamawan 'palsu' cuba cetus perpecahan – PM

Ada tokoh agamawan 'palsu' cuba cetus perpecahan – PM | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 Advertisement Malaysia Ada tokoh agamawan 'palsu' cuba cetus perpecahan – PM Astro AWANI 22/02/2026 | 23:41 MYT Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia hanya mampu terus membangun sekiranya rakyat berpegang kepada nilai akhlak, sikap saling menghormati serta membawa mesej positif dalam setiap ruang kehidupan. – Gambar Bernama KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru semua pihak agar menolak politik perpecahan dan tidak terheret dengan isu remeh yang boleh menggugat keharmonian masyarakat majmuk di negara ini.Tegas beliau, Malaysia hanya mampu terus membangun sekiranya rakyat berpegang kepada nilai akhlak, sikap saling menghormati serta membawa mesej positif dalam setiap ruang kehidupan.Advertisement “Hari-hari dikemukakan adalah masalah titik bengik yang memecahkan di antara kita. Ada orang menggunakan kononnya nama sebagai tokoh Islam, kononnya nama sebagai tokoh Hindu atau tokoh agama lain hanya untuk menimbulkan permasalahan.“Padahal bayangkan ini negara Malaysia, Islam agama Persekutuan, Islam majoriti, tetapi kita terima hak semua kaum dan semua agama.”Dan kita setuju, ikrar untuk jamin masa depan bersama dengan mengambil kira semua kaum dan menghormati hak semua agama, baru boleh aman,” katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Bersama Perdana Menteri dan pelancaran inisiatif Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di ibu negara pada Ahad.Dianggarkan hampir 10,000 hadirin memeriahkan majlis iftar ini, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, termasuk yang bukan Islam, sekali gus meraikan kepelbagaian dalam negara.Menurut Anwar, program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan ini bakal memperkasa peranan rumah Allah sebagai pusat pembangunan ummah serta medan menyemai nilai ihsan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda.Program Rakan Muda Ramadan akan dilaksanakan di setiap negeri serta melibatkan 113 daerah di seluruh negara sebagai usaha menyuburkan semangat kebersamaan dan tanggungjawab sosial sepanjang bulan Ramadan. Topic Berkaitan #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan #perpaduan kaum #politik perpecahan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut musim sejuk landa timur laut AS, NYC umum larangan perjalanan 3 minutes ago Malaysia Tabung Masjid Seksyen 7 Shah Alam dicuri, polis buru empat suspek 18 minutes ago Dunia Rangka St Francis of Assisi dipamer kepada umum sempena ulang tahun ke-800 33 minutes ago Dunia 'Tidak, terima kasih’: Greenland, Denmark tolak tawaran kapal hospital Trump 48 minutes ago Dunia Ketua kartel dadah paling dikehendaki Mexico, ‘El Mencho’, maut dalam operasi ketenteraan 1 hour ago Malaysia Gempa bumi 6.8 magnitud di perairan Kota Kinabalu, tiada ancaman tsunami – Met Malaysia 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *