Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik Malaysia Warga China ditahan rakam video dalam tandas pusat beli-belah di Bukit Jalil Malaysia Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat Advertisement Malaysia Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini Bernama 28/03/2026 | 18:35 MYT Kenderaan menuju ke ibu kota berdekatan Restoran Jejantas Sungai Buloh arah selatan dilihat semakin bertambah namun bergerak lancar. – Foto Bernama KUALA LUMPUR: Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama negara dilaporkan perlahan setakat petang ini berikutan peningkatan jumlah kenderaan dengan jangkaan berlaku kelewatan di beberapa lokasi.Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) di Lebuhraya Utara–Selatan (PLUS) E1 arah utara, pergerakan perlahan dikesan dari Jawi ke Bandar Cassia, Permatang Pauh ke Bertam, Sungai Petani Selatan ke Gurun, Alor Setar Utara ke Plaza Tol Hutan Kampung serta Jitra Selatan ke Plaza Tol Jitra.Advertisement Bagi arah selatan pula, aliran trafik dilaporkan perlahan dari Kepala Batas ke Plaza Tol Hutan Kampung, Pendang ke Gurun, Sungai Petani Utara ke Sungai Petani Selatan, Sungai Dua ke Perai, Juru ke Bukit Tambun, Sungai Perak ke Terowong Meru, Tapah ke Slim River serta Hospital Sungai Buloh ke Sungai Buloh.”Di PLUS E2 arah utara, trafik perlahan di beberapa sektor antaranya Pasir Gudang ke Kempas, Senai ke Sedenak, Yong Peng ke Pagoh, Pedas Linggi ke Seremban, serta dari Putra Mahkota ke Kajang dan laluan menghala ke pusat bandar selepas Plaza Tol Sungai Besi.“Bagi PLUS E2 arah selatan, trafik perlahan di Plaza Tol Sungai Besi ke Bangi, Nilai ke R&R Seremban, Port Dickson ke Hentian Senawang, Tangkak ke Bukit Gambir, Simpang Renggam ke Kulai dan Kempas ke Pasir Gudang,” katanya ketika dihubungi, hari ini.Sebagai langkah proaktif bagi memaksimumkan kelancaran trafik, sebanyak 34 lorong pintar (Smart Lane) telah diaktifkan di sepanjang Lebuhraya PLUS hari ini bagi memudahkan perjalanan pengguna.Sementara itu, trafik di Lebuhraya Kuala Lumpur–Karak (KLK) E8 menghala ke barat dilaporkan perlahan dari Bentong ke Lentang serta Bukit Tinggi ke Terowong Genting Sempah.Situasi di Lebuhraya Utara–Selatan Hubungan Tengah (ELITE) E6 pula menyaksikan pergerakan perlahan dari Bandar Serenia ke KLIA, Putrajaya ke Bandar Saujana Putra, USJ ke Shah Alam serta arah selatan dari Shah Alam ke Bandar Gamuda Cove.Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian 1-800-88-7752 yang beroperasi 24 jam dan platform X @plustrafik dan @llmtrafik.– BERNAMA Topic Berkaitan #LLM #PLUS #perlahan #kelewatan #KLK #ELITE Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Rusia larang eksport petrol mulai 1 April untuk stabilkan pasaran domestik 11 minutes ago Malaysia Warga China ditahan rakam video dalam tandas pusat beli-belah di Bukit Jalil 28 minutes ago Malaysia Tular video disyaki curi kabel di Ipoh, polis minta orang ramai salur maklumat 32 minutes ago Dunia Serangan dron ke atas Lapangan Terbang Kuwait, rosakkan sistem radar 42 minutes ago Politik Khairy Jamaluddin serah nasib kepada UMNO 50 minutes ago Dunia Penutupan Masjid Al-Aqsa masuk hari ke-29 susulan sekatan berterusan 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Aliran trafik perlahan di beberapa lebuh raya utama petang ini
