Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global Advertisement Bisnes Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF Bernama 04/03/2026 | 06:15 MYT Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mentadbir, menguruskan dan memegang dana tertangguh berjumlah RM452 juta, iaitu setakat 31 Disember 2025. KUALA LUMPUR: Amanah Raya Bhd (AmanahRaya) mentadbir, menguruskan dan memegang dana tertangguh berjumlah RM452 juta, iaitu setakat 31 Disember 2025.Menurut Kementerian Kewangan (MOF), dana tertangguh itu merujuk kepada dana tunai daripada pentadbiran harta pusaka atau amanah yang dipindahkan kepada AmanahRaya.Advertisement Ia berlaku selepas pemilik asal dikenal pasti dan disahkan meninggal dunia, namun dana terlibat belum dapat diagihkan.”Dalam konteks AmanahRaya, aset yang diuruskan adalah dalam bentuk dana tertangguh dan bukannya aset beku.”Antaranya disebabkan oleh benefisiari atau penerima yang berhak tidak dapat dikesan, tidak memberikan kerjasama atau belum membuat tuntutan,” kata MOF dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.MOF berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Rodziah Ismail (PH-Ampang) yang ingin mengetahui mengenai pelan tindakan dan mekanisme pelaksanaan bagi menyelesaikan aset pusaka beku negara berjumlah RM90 bilion setara dengan hampir lima peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar 2024.Menurut MOF, dana itu diasingkan dan dipegang buat sementara oleh AmanahRaya selaku Pemegang Amanah Awam (Public Trustee) bagi tujuan pentadbiran, termasuk menyiasat, mengenal pasti serta menjejak benefisiari yang berhak, sebelum pengagihan dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang.Mengulas mengenai anggaran aset pusaka beku berjumlah RM90 bilion, MOF berkata, aset tersebut secara amnya merujuk kepada harta pusaka si mati yang masih dibekukan di bank, institusi kewangan lain atau pejabat tanah kerana proses perundangan dan pentadbiran belum diselesaikan.Ini termasuk ketiadaan surat kuasa mentadbir atau geran probet atau apabila pentadbir pusaka belum dilantik secara sah.”Dalam keadaan ini, aset tersebut masih berada di bawah kawalan institusi berkaitan masing-masing,” katanya.Menurut MOF, kementerian itu melalui agensi berkaitan akan terus melaksanakan pendekatan pencegahan dan pemudahcaraan melalui usaha menjejak dan mengenal pasti waris, pendigitalan perkhidmatan pentadbiran pusaka, amanah dan wasiat, program kesedaran dan pendidikan perancangan harta, serta kerjasama strategik dengan agensi kerajaan dan institusi berkaitan.”Pendekatan ini bertujuan mempercepatkan penyelesaian kes pusaka, mengurangkan harta terbiar, dan melindungi hak waris secara teratur dan berkesan bagi memastikan isu ini dapat ditangani secara mampan dan berorientasikan kepentingan rakyat,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #dana tertangguh #AmanahRaya #Kementerian Kewangan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Kes rogol belum selesai, anak Puteri Mahkota Norway berdepan pertuduhan baharu 14 minutes ago Malaysia Wanita ditemui maut berlumuran darah, terdapat kesan kelar pada leher 44 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Turkiye gesa redakan ketegangan, pantau risiko serantau dan global 54 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran nafi serang Oman, anggap negara Teluk itu "sahabat" 1 hour ago Dunia Khamenei akan dikebumikan di kota suci Mashhad – Laporan 1 hour ago Malaysia Hubungan Malaysia-Indonesia teguh, sedia pacu pertumbuhan lebih pesat – Duta Besar 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Amanahraya pegang dana tertangguh RM452 juta setakat 31 Disember 2025 – MOF
