Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar BERNAMA 14/02/2026 | 20:43 MYT Anwar berucap pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya’ Ramadan 1447H Warga Padang Rengas Bersama Perdana Menteri di Dewan Terbuka Masjid Al-Taufiqiah, Kampung Chuar Kati hari ini. – Gambar Bernama KUALA KANGSAR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan umat Islam di negara ini supaya mengambil peluang menjalani ibadah puasa bagi meningkatkan martabat diri bersempena Ramadan yang bakal menjelang beberapa hari lagi.Anwar berkata masyarakat Islam seharusnya memanfaatkan sepenuhnya bulan Ramadan dengan berusaha memperbaiki sahsiah diri demi kebaikan bersama.Advertisement “Allah mengingatkan kita bahawa Ramadan adalah kesempatan, terutama kita sering sibuk dan leka. Ambillah peluang ini kerana setiap malam kita diperingatkan untuk memperbaiki diri. “Bukan masa untuk cabar atau menghina orang lain, tetapi cabarlah diri sedniri. Tanyakan pada diri, “Apakah aku mampu menjadi lebih baik daripada sebelum Ramadan tahun ini?”, katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Santuni MADANI dan Sambutan Ihya’ Ramadan Warga Padang Rengas bersama Perdana Menteri di Arena Kampung Chuar, Kati di Padang Rengas, dekat sini hari ini.Turut hadir pada mjlis tersebut ialah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar, Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Perak Mohd Azlan Helmi serta Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Muhammad Kamil Abdul Munim.Dalam majlis itu, Perdana Menteri turut mengumumkan peruntukan RM2 juta bagi pembangunan Masjid Al-Taufiqiah di kawasan itu.Selain itu, beliau menyampaikan sumbangan kepada 28 masjid di Parlimen Padang Rengas berjumlah RM140,000, Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) Maahad Yahyawiah sebanyak RM200,000 serta sumbangan Dapur MADANI berjumlah RM60,000.– BERNAMA Topic Berkaitan #Ramadan #sahsiah diri #ibadah #peruntukan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia few seconds ago Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 27 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 57 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ambil kesempatan tingkat martabat diri sepanjang Ramadan – PM Anwar
