Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak Advertisement Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia Bernama 20/02/2026 | 15:09 MYT Yahaya (foto) berkata Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lepas di kem berkenaan, sebelum dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut. -Gambar fail KUANTAN: Seorang anggota tentera yang mengikuti kursus kru Armor Kelas 1 di Kem Batu 10, di sini, dilaporkan meninggal dunia petang semalam selepas mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini.Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman ketika mengesahkan perkara itu berkata Truper K Indiran, 22, ditemukan tidak sedarkan diri pada Rabu lepas di kem berkenaan, sebelum dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut. Advertisement “Bedah siasat telah selesai dan tiada apa-apa kecederaan fizikal dialami anggota itu. Kes berkenaan diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.Ketika ini, ahli keluarga anggota tentera berkenaan berada di Jabatan Perubatan Forensik HTAA bagi menguruskan proses membawa pulang jasad anggota berkenaan ke Pulau Pinang untuk disemadikan. Sebelum ini, tular di media sosial mendakwa kematian anggota berkenaan dikaitkan dengan perbuatan buli. Sementara itu bapa tiri mendiang, L Mathivanan, 35, berkata kali terakhir mereka sekeluarga berhubung dengan Indiran sehari sebelum anak sulung daripada empat beradik itu dilaporkan tidak sedarkan diri. “Kami ada buat panggilan video dan Indiran kelihatan seperti biasa, sihat dan gembira malah merancang untuk membuat perhimpunan keluarga bulan depan.“Memang terkejut dengan apa yang terjadi, Indiran juga merupakan anak bertanggungjawab dan membantu adik-adik yang masih belajar,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pekarangan Jabatan Forensik HTAA. Indiran adalah antara 1,144 perajurit muda berjaya menamatkan sesi latihan Perajurit Muda Tentera Darat Siri 200/2024 di Padang Kawad Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA) di Port Dickson pada 15 Sept 2024.Anggota berkenaan juga merupakan anak kepada Mejar C Kayamboo iaitu juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang meninggal dunia dalam nahas pesawat TUDM jenis Beechcraft B200T yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang sebelum terhempas berhampiran Terminal Peluru Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang pada 2016.Bernama sebelum ini turut melaporkan tragedi pahit itu tidak pernah menghalang Indiran bergelar tentera dan mengikuti jejak langkah bapanya. — BERNAMA Topic Berkaitan #Tentera #HTAA #mati mengejut #K Indiran #kursus kru Armor Kelas 1 #Kem Batu 10 #Yahaya Othman Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Microsleep sumbang 20 peratus kemalangan jalan raya – MIROS 1 minute ago Malaysia Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia 2 minutes ago Malaysia Zakry hasrat lahir satu lagi beregu wanita berkelas dunia 11 minutes ago Dunia Los Angeles fail saman terhadap Roblox berhubung dakwaan eksploitasi kanak-kanak 26 minutes ago Bisnes Sektor perbankan Malaysia berpotensi raih dividen kukuh, aliran masuk dana asing – MBSB 33 minutes ago Dunia Jerung ditemukan di Antartika buat pertama kali 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Anggota tentera sedang ikuti kursus kru Armor meninggal dunia
