Anwar kutuk keras pembunuhan Khamenei

Anwar kutuk keras pembunuhan Khamenei | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran Advertisement Dunia Anwar kutuk keras pembunuhan Khamenei Bernama 01/03/2026 | 23:45 MYT Berita kematian Khamenei disahkan pagi ini apabila saluran penyiaran milik negara itu, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB), mengumumkan bahawa ‘Pemimpin Agung Iran telah syahid’. – Gambar fail/AP KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk seri Anwar Ibrahim mengecam sekeras-kerasnya pembunuhan Pemimpin Agung Iran Ayatollah Ali Khamenei yang berpotensi mencetuskan ketidakstabilan serius dan berpanjangan di Asia Barat.Dalam catatan di platform X, beliau menegaskan bahawa serangan yang disengajakan terhadap ketua negara mewujudkan duluan berbahaya dan melemahkan norma serta prinsip yang menjadi asas tatanan antarabangsa.Advertisement “Mereka yang menyambut kematiannya dengan kegembiraan harus menyedari akibat daripada tindakan sebegini. Ancaman yang bersifat eksistensial jarang memberikan tindak balas yang dapat dijangka,” katanya.Perdana Menteri turut menyampaikan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran pada detik yang amat mencabar ini, namun menekankan agar pihak berkuasa Iran bertindak dengan penuh berhemah.Beliau berkata bahawa Malaysia menyokong kenyataan negara-negara prihatin yang menyeru semua pihak agar tidak meningkatkan ketegangan.”Malaysia menyeru gencatan senjata segera, perlindungan terhadap orang awam serta kembalinya dialog serius. Krisis ini tidak boleh diselesaikan melalui kekerasan. Ia memerlukan diplomasi, kesabaran dan iltizam politik, “katanya.Anwar menekankan bahawa keutamaan beliau ialah keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia di Iran, negara-negera Teluk dan Asia Barat secara amnya.”Bagi semua rakyat Malaysia di kawasan terjejas, kerajaan mengambil setiap langkah yang mungkin untuk memastikan keselamatan anda. Misi kita telah diberikan mandat dan sumber penuh untuk membantu anda,” katanya.Beliau turut menyatakan kerajaan akan menilai dengan segera kesan ekonomi konflik ini, termasuk risiko terhadap ruang udara serantau dan kebebasan navigasi melalui Selat Hormuz.”Keselamatan perdagangan dan sumber tenaga Malaysia terlibat secara langsung dan kita akan bertindak mengikut keperluan untuk menjaga kepentingan negara,” katanya.Berita kematian Khamenei disahkan pagi ini apabila saluran penyiaran milik negara itu, Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB), mengumumkan bahawa ‘Pemimpin Agung Iran telah syahid’.Terdahulu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Israel mendakwa Khamenei maut dalam serangan bersama yang dilancarkan ke atas negara itu.– BERNAMA Topic Berkaitan #Asia Barat #syahid #takziah #sumber Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Operasi ketenteraan ke atas Iran akan diteruskan sehingga semua objektif dicapai – Trump 3 minutes ago Malaysia Ekspatriat di Qatar dan UAE terkejut, cemas akibat serangan Iran 13 minutes ago Dunia Siri letupan kedengaran di Baitulmaqdis Barat, enam cedera dalam serangan peluru berpandu Iran 23 minutes ago Dunia Tiga anggota tentera AS terbunuh dalam operasi ke atas Iran – CENTCOM 33 minutes ago Dunia Majlis kepimpinan interim Iran dibentuk, mulakan operasi – Presiden 42 minutes ago Dunia UAE pintas 165 peluru berpandu balistik, dua peluru berpandu krus dan 541 dron sejak serangan Iran bermula 53 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *