Arab Saudi sasar laluan alternatif eksport minyak menerusi Pelabuhan Yanbu | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [TERKINI] Kuota subsidi BUDI95 diselaraskan kepada 200 liter sebulan mulai 1 April 2026 Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina Advertisement Dunia Arab Saudi sasar laluan alternatif eksport minyak menerusi Pelabuhan Yanbu Bernama 28/03/2026 | 08:05 MYT Laluan di Selat Hormuz terjejas sejak awal Mac. – Gambar/ AP ISTANBUL: Arab Saudi, pengeksport minyak terbesar dunia, sedang berusaha memanfaatkan laluan eksport alternatif menerusi Pelabuhan Yanbu susulan perang berterusan di Asia Barat yang menjejaskan aktiviti eksport.Terletak di pantai Laut Merah, Yanbu kini menjadi komponen utama dalam strategi kerajaan itu untuk memastikan penghantaran minyak mentah tidak terganggu, lapor Anadolu Ajansi yang memetik data daripada Kpler pada Rabu.Advertisement Pelabuhan itu dihubungkan ke medan minyak di timur Arab Saudi melalui saluran paip Timur-Barat sepanjang 1,200 kilometer, yang membolehkan penghantaran minyak mentah memintas Selat Hormuz.Sebelum 28 Feb, purata eksport dari pelabuhan itu adalah sekitar 0.8 juta tong sehari. Bagaimanapun, menjelang pertengahan Mac (antara 15 hingga 26 Mac), angka berkenaan melonjak kepada kira-kira 3.94 juta tong sehari, sekali gus menunjukkan peningkatan penggunaan yang mendadak mengikut data Kpler.Peralihan ini berlaku ketika keseluruhan eksport minyak Arab Saudi menunjukkan turun naik, dengan eksport harian merosot daripada 7.1 juta tong pada Februari kepada 4.3 juta tong pada Mac.Laluan di Selat Hormuz terjejas sejak awal Mac. Kebiasaannya, kira-kira 20 juta tong minyak melalui selat itu setiap hari, dan gangguan berkenaan telah menyebabkan kos penghantaran meningkat serta melonjakkan harga minyak global.Yanbu kini menjadi satu daripada dua saluran eksport utama bagi minyak mentah dari negara-negara Teluk sejak Iran menutup Selat Hormuz sebagai tindak balas terhadap serangan Amerika Syarikat-Israel yang bermula pada 28 Feb.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #konflik Timur Tengah #selat hormuz #yanbu #Arab Saudi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia 10 tentera AS cedera dalam serangan Iran di pangkalan udara Arab Saudi few seconds ago Dunia PBB desak AS dedah siasatan insiden serangan sekolah Iran 13 minutes ago Dunia Tiada pembekuan harga walaupun darurat tenaga nasional diisytihar di Filipina 34 minutes ago Dunia Harga bahan api ASEAN berbeza susulan tekanan harga minyak global 54 minutes ago Dunia Australia pesan bekalan bahan api kecemasan dari AS buat pertama kali dalam beberapa dekad 1 hour ago Dunia EU tekan usaha diplomatik selesai sekatan Selat Hormuz, ketenteraan bukan pilihan – Kallas 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Arab Saudi sasar laluan alternatif eksport minyak menerusi Pelabuhan Yanbu
