AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis

AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik Advertisement Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis Astro AWANI 12/03/2026 | 16:00 MYT Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global. -Gambar fail WASHINGTON: Pentadbiran Donald Trump pada awalnya menjangkakan kemenangan pantas dalam konflik di Asia Barat, namun peperangan itu kini terbukti jauh lebih rumit dan kian berlarutan, menurut penganalisis diplomatik.Ketua Koresponden Diplomatik Eropah The New York Times, Steven Erlanger, berkata kepada Al Jazeera bahawa pegawai tinggi tentera AS telah memberi amaran lebih awal kepada White House mengenai risiko perang panjang yang sukar ditamatkan.Advertisement “Beliau (Trump) telah diberi amaran oleh Jeneral Cain, Ketua Turus Angkatan Tentera AS, bahawa perang ini boleh menjadi sangat sukar dan berlarutan serta menguji bekalan peluru berpandu pemintas Amerika Syarikat,” katanya.Menurut Erlanger, pentadbiran AS berkemungkinan besar menjangka konflik ringkas dan tidak menjangka operasi ketenteraan akan berpanjangan sehingga tahap sekarang.Beliau menambah bahawa Washington mungkin terlepas pandang implikasi strategik terhadap pasaran tenaga, termasuk risiko penutupan Selat Hormuz yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi global.Analisis itu turut menunjukkan kemungkinan bahawa AS menganggap kempen ketenteraan awal mampu melemahkan kepimpinan Iran dengan cepat dan membuka ruang rundingan.Namun, perkembangan di medan perang jelas menunjukkan sebaliknya. Topic Berkaitan #Donald Trump #Steven Erlanger #perang Asia Barat #Jeneral Cain #selat hormuz #konflik Iran AS #peluru berpandu pemintas #analisis diplomatik Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi few seconds ago Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis 15 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik 15 minutes ago Malaysia Kerajaan perkukuh tatakelola, laksana Program Pegawai Integriti Bertauliah – PM 30 minutes ago Dunia 9,000 sasaran diserang dalam tempoh 10 hari serangan AS-Israel ke atas Iran 45 minutes ago Malaysia Polis rampas syabu bernilai RM3.1 juta di Kota Kuala Muda 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *