Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan

Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir Advertisement Politik Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan Astro AWANI 18/02/2026 | 13:16 MYT Azmin tegaskan uduhan tersebut tidak berasas, malah bertentangan dengan perlembagaan parti. KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) menolak dakwaan yang mengatakan empat Bahagian parti itu iaitu Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan.Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menegaskan tuduhan tersebut tidak berasas, malah bertentangan dengan perlembagaan parti.Advertisement “Ibu pejabat menerima laporan beberapa pautan di media sosial dan kenyataan media melaporkan Bersatu Bahagian Larut, Lembah Pantai, Kepala Batas dan Tanjong telah dibubarkan ekoran peletakan jawatan beberapa orang ahli jawatankuasa bahagian.“Perlembagaan parti tidak memperuntukkan kuasa kepada mana-mana ahli termasuk ketua bahagian untuk membubarkan bahagian. Ini adalah tindakan terdesak segelintir individu yang berniat jahat untuk merosakkan imej dan maruah serta menggugat kestabilan parti,” katanya dalam satu kenyataan.Tambah beliau, Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung pada 14 Februari lalu telah memutuskan agar Badan Pimpinan Negeri diberi tanggungjawab memantau semua bahagian dan merangka langkah sewajarnya untuk memulihkan mana-mana bahagian yang menghadapi masalah.Langkah tersebut, katanya, adalah sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh kedudukan parti di setiap peringkat organisasi.Tambahnya, Bersatu kini semakin matang dan kukuh serta bersedia melangkah ke hadapan dengan semangat baharu demi memperjuangkan kepentingan rakyat Malaysia. Topic Berkaitan #Azmin Ali #Bersatu #bersatu bubar #bersatu bahagian larut Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Solat tarawih pertama Ramadan: Suasana kerohanian, perkhidmatan bersepadu di Masjidil Haram 8 minutes ago Politik 4 bahagian Bersatu Perak didakwa dibubar 23 minutes ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Jenazah kanak-kanak dibedah siasat pada hari lahir 38 minutes ago Politik Azmin nafi empat bahagian Bersatu dibubarkan 51 minutes ago Malaysia Perubahan waktu operasi kaunter LHDN sempena Ramadan 1 hour ago Malaysia Bunuh lima sekeluarga: Saksi terdengar pertengkaran sebelum insiden – Polis 2 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *