Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Advertisement Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Bernama 21/02/2026 | 23:53 MYT Pengunjung Bazar Ramadan, termasuk pelancong asing, tidak melepaskan peluang mengunjungi tapak jualan bagi merasai suasana perpaduan yang menjadi acara tahunan masyarakat berbilang kaum, selain menikmati pelbagai juadah berbuka puasa, semasa tinjauan di Bazar Ramadan Kampung Baru. – Foto BERNAMA KUALA LUMPUR: Kunjungan ke bazar Ramadan bukan hanya sinonim dengan umat Islam di negara ini, malah menjadi ‘acara tahunan’ rakyat daripada pelbagai kaum yang mahu menikmati aneka juadah serta merasai kemeriahan suasana penuh harmoni.Pengunjung, Rogini Rasanya, 33, berkata kehadiran masyarakat pelbagai latar belakang di bazar Ramadan mencerminkan konsep perpaduan sebenar.Advertisement Pengurus syarikat insurans itu berkata setiap kali berkunjung ke bazar, beliau dapat melihat realiti masyarakat majmuk Malaysia yang menjadikan pengalaman tersebut lebih bermakna dan menyeronokkan.“Setiap tahun saya pasti ke bazar Ramadan, cuma lokasinya berbeza. Hari ini saya teringin makan kebab dan ayam panggang.“Walaupun makanan itu boleh dibeli pada hari biasa, tetapi pada Ramadan pilihannya lebih pelbagai. Itu sebabnya saya suka ke bazar,” katanya ketika ditemui Bernama di Bazar Ramadan Kampung Baru di sini pada Sabtu.Seorang lagi pengunjung, Wong Tien Jie, 28, berkata keunikan kuih-muih tradisional Melayu yang jarang ditemui pada bulan lain menjadi tarikan utama beliau dan keluarga.“Hari ini saya bersama ibu untuk membeli lemang dan kuih akok kegemaran kami. Biasanya kami datang pada hujung minggu untuk mencari pelbagai jenis kuih Melayu,” katanya.Pekerja swasta itu turut menyifatkan kunjungan ke bazar Ramadan sebagai tradisi tahunan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.Bagi pelancong luar, Nada Demeterova, 62, pengalaman pertama mengunjungi bazar Ramadan amat mengujakan kerana kepelbagaian makanan yang ditawarkan.“Saya sangat lapar dan ternampak gerai-gerai jualan, lalu terus singgah. Peniaga juga mesra dan membenarkan kami merasa makanan sebelum membeli,” katanya.Sementara itu, peniaga Fitri Zohdi, 33, memilih menjual menu masyarakat India iaitu pani puri yang mendapat sambutan menggalakkan termasuk daripada pelanggan Melayu.“Kebanyakan pembeli pani puri ialah orang Melayu. Jadi tiada masalah untuk saya mengetengahkan menu masyarakat India di bazar Ramadan,” katanya.Selain itu, beliau turut menjual kuih penjaram yang disifatkan sebagai jambatan budaya kerana menjadi pilihan pelbagai kaum sepanjang lapan tahun berniaga di bazar Ramadan.– BERNAMA Topic Berkaitan #BAZAR RAMADAN #Acara Tahunan #perpaduan #rakyat Malaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 1 minute ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 5 hours ago Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini 5 hours ago Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran 6 hours ago Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula 6 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia
