Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula

Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia Advertisement Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula Astro AWANI 21/02/2026 | 22:29 MYT Bersatu menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk melaksanakan proses penstrukturan semula bahagian dan sayap parti, termasuk susunan semula ketua serta jawatankuasa. KUALA LUMPUR: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bakal memulakan proses penyusunan semula bahagian-bahagian parti serta pemegang jawatan ketua dan ahli jawatankuasa sayapnya.Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata, sebuah Pasukan Petugas Khas ditubuhkan bagi melaksanakan proses berkenaan.Advertisement Pasukan itu dipengerusikan bersama oleh dua Naib Presiden, Datuk Radzi Jidin dan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, manakala Setiausaha Agung, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pula dilantik sebagai sekretariat pasukan khas tersebut.“Ketua-Ketua Badan Pimpinan Negeri turut diarahkan untuk mengenal pasti bahagian yang terlibat dalam penyusunan semula ini. Proses akan melibatkan penilaian semula kedudukan jawatan Ketua Bahagian dan pembentukan jawatankuasa bahagian yang baharu, mengikut keperluan serta perkembangan parti.“Sayap-sayap parti yang terlibat dengan peletakan jawatan akan disusun semula melalui pertimbangan parti dan pembentukan jawatankuasa yang baharu. Saya yakin ” katanya dalam kenyataan itu.Muhyiddin berkata, Bersatu juga memberi penekanan kepada kelayakan ahli dari setiap bahagian untuk mengetuai sayap parti, bagi memastikan pelantikan dibuat secara merit serta menepati keperluan organisasi.Beliau menegaskan bahawa parti memerlukan “pasukan yang segar” untuk mengemudi perjuangan menuju Pilihan Raya Umum ke-16. Selain itu Muhyiddin berkata, Bersatu akan terus komited dengan perjuangan Perikatan Nasional. Sehubungan itu, tambahnya lagi, beliau akan hadir ke Mesyuarat Luar Biasa Majlis Tertinggi PN di Ibu Pejabat Pas pada Ahad.Media sebelum ini melaporkan, Mesyuarat PN itu akan membincangkan dua agenda utama, iaitu meluluskan peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Pengerusi PN, dan melantik pengerusi baharu bagi mengisi kekosongan yang wujud sejak Januari lepas.Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, memaklumkan bahawa semua empat parti komponen PN – Pas, Bersatu, Gerakan dan MIPP – telah bersetuju hadir, dengan Muhyiddin sendiri serta Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang, antara yang mengesahkan kehadiran.Bagi memastikan proses berjalan secara berkecuali, seorang daripada tiga Timbalan Pengerusi PN akan mempengerusikan mesyuarat tersebut.Sebelum ini terdapat perbincangan dalaman berhubung parti mana yang akan mengetuai PN, namun laporan menyebut semua parti kini bersetuju jawatan pengerusi diserahkan kepada Pas.  Topic Berkaitan #Bersatu #Muhyiddin Yassin #rombakan parti #Perikatan Nasional Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Dunia Ribut pasir jejaskan kualiti udara di Beijing 2 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Malaysia Bazar Ramadan 'acara tahunan' dinanti-nantikan rakyat Malaysia 5 hours ago Politik Krisis Bersatu: Bahagian Raub, Lipis bubar hari ini 5 hours ago Malaysia Sultan Pahang, Tengku Ampuan zahir dukacita atas pemergian K.Indiran 6 hours ago Politik Bersatu rombak bahagian dan sayap, pasukan khas ambil alih proses penyusunan semula 6 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *