Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan!

Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel Advertisement Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! Astro Arena 18/02/2026 | 23:11 MYT Stadium Juara, Bukit Kiara menjadi saksi wakil negara menggondol kesemua empat acara yang dipertandingkan meskipun perlawanan diheret ke tie break. – StadiumAstro SKUAD boling padang negara membuktikan mereka mampu menggalas cabaran diberi sekaligus melunaskan hasrat Presiden Persekutuan Lawn Bowls Malaysia, Datuk Awalan Abdul Aziz untuk menjadi juara keseluruhan Kejohanan Boling Padang Jemputan 7 Negara hari ini.Tentangan sengit pihak lawan di finals berjaya diketepikan sebelum Stadium Juara, Bukit Kiara menjadi saksi wakil negara menggondol kesemua empat acara yang dipertandingkan meskipun perlawanan diheret ke tie break.Advertisement Dalam acara singles, perlawanan kategori lelaki menyaksikan Izzat Shameer Dzulkeple meneruskan momentum positif susulan rekod tanpa kalah sepanjang saingan bermula untuk menewaskan bekas nombor 1 dunia dari New Zealand, Shannon MciIroy 5-8, 8-2 dan 1-0.Kemenangan ketika aksi peringkat kumpulan dengan lawan yang sama beri kelebihan buat Izzat untuk mencorak strategi mengikut rentak permainan yang telah dianalisa.Dia turut meluahkan rasa syukur mampu melawan tekanan selepas tewas di set pertama.”Situasi yang berlaku dalam aksi final hari ini menjadi persiapan saya menghadapi Sukan Komanwel pada pertengahan tahun ini,” katanya menerusi Nadi Arena.Manakala kategori wanita, Nor Farah Ain Abdullah, menyifatkan prestasi di hari terakhir merupakan yang terbaik sepanjang kejohanan, lebih-lebih lagi selepas berjaya menewaskan wakil India, Nayanmoni Saikia untuk membutirkan emas buat negara.Titik kebangkitan terbaik buat atlet berusia 25 tahun itu untuk memulakan kempen 2026 dengan langkah kanan apabila terpalit dengan masalah kecederaan pada tahun lalu.Ketinggalan jauh di set pertama namun perubahan corak permainan mengikut jarak balingan yang digemari di set kedua terus memacu semangat buat Farah.”Saingan agak sengit di awal saingan dan bersyukur atas kejayaan dalam saingan kali ini, terdapat beberapa percaturan jurulatih berhasil sebelum bergelar juara,” kata Farah.Sementara itu dua lagi emas buat negara hadir dari acara pairs lelaki dan wanita menerusi gandingan Naufal Azmi, Fadley Jabal serta Nur Syafira, Nurul Balqis.Aksi ulangan semula perlawanan peringkat kumpulan menyaksikan misi balas dendam Naufal dan Fadley untuk menebus kekalahan mereka berjaya dilunaskan.Mengakui masih memerlukan masa untuk meningkatkan lagi keserasian kerana pertama kali digandingkan namun mereka bangga percaturan itu membuahkan hasil.Gandingan Syafira dan Balqis pula mengharapkan kejayaan mereka itu mampu meningkatkan potensi diserap ke dalam skuad pelapis negara.Meskipun berjaya mencipta beberapa kejutan, menumpaskan gandingan senior negara di peringkat kumpulan serta menjuarai keseluruhan acara womens pairs namun mereka enggan berasa selesa dan mahu terus memperbaiki kelemahan yang ada khususnya melibatkan aspek adaptasi permainan.”Kemenangan hari ini memuaskan hati kami sebagai satu pasukan. Dalam separuh akhir, kami gagal mencari rentak dan kami memastikan mengatasi halangan itu sebelum bergelar juara,” kata Nur Syafira.Artikel asal disiarkan di StadiumAstro.com Topic Berkaitan #boling padang #7 negara #malaysia #juara keseluruhan #Stadium Juara #Bukit Kiara Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 40 minutes ago Sukan ACLE: Marcos Guilherme teruja bawa JDT ke pusingan 16 1 hour ago Dunia Penerbit siri risikan 'Tehran', Dana Eden, ditemui meninggal dunia di hotel 1 hour ago Sukan Tiada manfaat jika kerap tukar jurulatih – Khiew Hoe Yean 1 hour ago Sukan Boling Padang 7 Negara: Malaysia muncul juara keseluruhan! 1 hour ago Malaysia Polis tahan lelaki disyaki pecah skrin mesin ATM di Jinjang 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *