Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Wednesday, March 11, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak by Editor 10/03/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0 Penulis: Prof Madya Dr. Hasber Salim Pensyarah Kanan, Barn Owl and Rodent Research Group (BORG), Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang Dalam dunia pertanian, tikus adalah haiwan mamalia kecil yang mampu merosakkan dan mencuri hasil serta menyebabkan kerugian hasil pertanian yang sangat tinggi di seluruh dunia. Di Malaysia, tikus ialah antara perosak utama khususnya di kawasan sawah padi, ladang kelapa sawit serta kawasan tanaman lain seperti jagung, nanas dan lain-lain tanaman. Dalam sektor perladangan kelapa sawit, kerosakan akibat tikus menyebabkan pengurangan hasil sekitar 5 hingga 10 peratus jika program kawalan tidak dijalankan dengan berkesan. Di sawah padi pula, serangan pada peringkat pertumbuhan anak padi sehingga tuai boleh menyebabkan kehilangan hasil yang amat besar, malah dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada kehilangan hasil secara keseluruhan di kawasan yang terjejas. Pada masa kini, kaedah kawalan menggunakan racun kimia iaitu racun tikus antikoagulan luas digunakan, namun praktis ini boleh memberi kesan kepada haiwan bukan sasaran dan pencemaran persekitaran. Dalam keadaan inilah burung pungguk jelapang muncul sebagai pemangsa semula jadi yang sangat bernilai sebagai agen kawalan biologi tikus dalam konsep pertanian lestari. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan populasi tikus secara semula jadi, tetapi juga memberi alternatif kepada kebergantungan yang berlebihan terhadap racun kimia yang toksik. Bagi petani, kehadiran burung ini ibarat pekerja malam yang membantu melindungi hasil tanpa henti untuk kelestarian sektor pertanian. Pemangsa Malam yang Unik Burung pungguk jelapang merupakan satu spesies pemangsa dalam kumpulan burung hantu yang aktif pada waktu lewat senja dan malam. Kumpulan burung hantu secara taksonomi dibahagikan kepada dua keluarga utama, iaitu Strigidae dan Tytonidae. Burung pungguk jelapang tergolong dalam keluarga Tytonidae, iaitu kumpulan burung hantu yang dikenali dengan muka berbentuk hati. Nama saintifik burung pungguk jelapang ialah Tyto javanica javanica atau dahulunya dikenali sebagai Tyto alba javanica. Selain itu, masyakat tempatan juga memanggil burung pungguk jelapang sebagai serak biasa, jampuk kubur atau burung hantu. Burung pungguk jelapang mudah dikenali melalui bahagian mukanya yang berbentuk hati dan bahagian dada berwarna putih dan perang muda serta tompok-tompok kecil berwarna hitam manakala bahagian atas badannya berwarna perang gelap. Penampilannya ini memberikan penampilan unik burung pungguk jelapang dan membezakan ia daripada banyak spesies burung hantu yang lain. Muka berbentuk hati adalah ciri unik yang dapat mengumpulkan bunyi dan meningkatkan ketajaman pendengaran burung pungguk jelapang. Selain itu, burung pungguk jelapang mempunyai keupayaan terbang dengan senyap kerana struktur bulunya yang sangat unik dan lembut serta cakar yang kuat menjadikan mereka sebagai pemburu tikus yang cekap walau dalam keadaan gelap gelita. Tytonidae Peranan Ekologi yang Sangat Bernilai Tikus merupakan diet utama burung pungguk jelapang dengan komposisi sehingga 99% dan dilaporkan juga satu keluarga burung pungguk jelapang (Jantan, betina dan 3-4 ekor anak) boleh makan sehingga 3,000 ekor tikus dalam masa setahun. Diet yang unik ini menjadikannya seperti mesin pembunuh semula jadi tikus di lapangan. Burung pungguk jelapang juga mempunyai keupayaan pembiakan yang sangat tinggi iaitu 2-3 musim pembiakan setahun. Bilangan telur dan anak yang dihasilkan setiap musim pembiakan adalah bergantung kepada populasi tikus yang ada di lapangan. Konsep hubungan mangsa (tikus) dan pemangsa (burung pungguk jelapang) ini adalah komponen dalam keseimbangan ekosistem yang amat diperlukan bagi memastikan letusan populasi tikus tidak berlaku. Usaha awal penggunaan burung pungguk jelapang sebagai kawalan biologi tikus perosak di Malaysia direkodkan bermula seawal tahun 1970-an oleh beberapa syarikat perladangan kelapa sawit dan pihak jabatan pertanian Malaysia. Sehingga kini penggunaannya kawalan biologi ini terus dipertingkatkan dan diperluaskan dan oleh pelbagai pihak merentasi pelbagai jenis habitat termasuk memperkenalkan spesies yang sangat bernilai ini ke Sabah dan Sarawak yang mana spesies ini tidak wujud secara semula jadi di kawasan tersebut. Gambar 2: Burung pungguk jelapang: A): Burung dewasa makan tikus dalam sarang; B): Ibu mengeram; C) Anak-anak burung dalam sarang berusia kurang sebulan. Burung Pungguk Jelapang untuk Pertanian Lestari Burung pungguk jelapang gemar menduduki kawasan terbuka seperti sawah padi, ladang kelapa sawit dan kawasan tanaman lain yang mempunyai ruang memburu yang luas serta sumber makanan yang banyak. Oleh sebab itu, kehadiran burung pungguk jelapang sering dikaitkan rapat dengan kawasan pertanian yang mempunyai populasi tikus yang tinggi. Burung ini juga tidak membina sarang sendiri. Secara semula jadi, ia menggunakan ruang sedia ada seperti lubang-lubang pokok, rongga semula jadi atau bangunan lama untuk berlindung dan membiak. Namun begitu, di kawasan pertanian komersial dan moden struktur seperti ini adalah sangat terhad. Burung pungguk jelapang boleh mendiami kotak sarang tiruan yang disediakan di lapangan, apabila kotak sarang tiruan dipasang di lokasi yang sesuai, burung ini akan menetap,
Related Posts
Samsung Galaxy S25 Full Snapdragon, Kok S26 Series Campur Exynos?
Samsung Galaxy S25 Full Snapdragon, Kok S26 Series Campur Exynos?
Soal Coronavirus Anjing, Guru Besar UGM Sebut Tidak Bersifat Zoonosis
Soal Coronavirus Anjing, Guru Besar UGM Sebut Tidak Bersifat Zoonosis
Demi Harimau Caspian Hidup Lagi, Negara Ini Tanam 37 Ribu Pohon
Demi Harimau Caspian Hidup Lagi, Negara Ini Tanam 37 Ribu Pohon
