Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun

Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun | MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Sunday, February 22, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun by Editor 21/02/2026 in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan 0 0 0 Penulis: Dr. Waheeda Azwa binti Hussein¹ & Ain Mawaddah binti Muhammad Hana Pizi² ¹Pensyarah Optometri,, Jabatan Oftalmologi dan Sains Visual, Universiti Sains Malaysia (USM) ²Optometris, OasysEye Specialists   Suatu pagi, seorang pelajar duduk di barisan belakang dewan kuliah. Huruf pada slaid kelihatan samar. Dia mengecilkan mata, menukar tempat duduk, malah mengambil gambar slaid untuk dibaca kemudian. Beberapa minggu selepas itu, sakit kepala mula datang setiap kali kelas berlangsung lama. Akhirnya, dia membuat keputusan yang dirasakan mudah iaitu membeli cermin mata. Situasi ini berlaku setiap hari di sekeliling kita. Apabila penglihatan kabur, kita menganggapnya sebagai rabun biasa. Apabila mata terasa letih, kita menyalahkan kurang tidur. Jarang sekali kita berhenti dan bertanya: adakah ini sekadar rabun, atau isyarat awal sesuatu yang lebih besar? Cermin mata sering dianggap sebagai penyelesaian segera. Namun hakikatnya, ia bukan sekadar alat pembetulan penglihatan. Ia adalah sebahagian daripada sistem penjagaan kesihatan visual yang kompleks iaitu melibatkan interaksi antara kornea, kanta mata, retina, saraf optik dan otak. Dalam era digital yang semakin mencabar sistem visual manusia, memahami peranan sebenar cermin mata menjadi semakin penting. Rajah 1. Pemeriksaan mata profesional dan jenis kanta cermin mata yang berbeza. Imej ilustrasi dijana menggunakan AI (DALL·E oleh OpenAI) bagi tujuan pendidikan. Mata Manusia dalam Dunia yang Semakin Dekat Secara evolusi, mata manusia tercipta untuk melihat jauh, contohnya memerhati pergerakan di padang terbuka, dan mengenal pasti bahaya di kejauhan. Namun gaya hidup moden mengubah corak penggunaan penglihatan secara drastik. Hari ini, kita menatap skrin pada jarak dekat untuk tempoh yang panjang. Miopia atau rabun jauh semakin meningkat secara global. Kajian Holden et al. (2016) mengunjurkan bahawa hampir 50% populasi dunia mungkin mengalami miopia menjelang tahun 2050. Ini bukan sekadar perubahan statistik, tetapi mencerminkan transformasi gaya hidup manusia moden. Kurangnya aktiviti luar, pendedahan terhad kepada cahaya semula jadi, dan penggunaan peranti digital secara berlebihan menjadi faktor risiko utama. Dalam masa yang sama, presbiopia iaitu perubahan fisiologi semula jadi akibat penuaan kanta mata mula memberi kesan selepas usia 40 tahun. Fricke et al. (2018) melaporkan bahawa lebih satu bilion individu di seluruh dunia terjejas oleh keadaan ini. Perubahan ini adalah lumrah biologi. Namun tanpa pemahaman dan pemeriksaan yang tepat, ia mudah diabaikan atau disalah tafsir. Pemeriksaan Mata: Saringan atau Penilaian Kesihatan? Ramai menyangka pemeriksaan mata hanya melibatkan membaca huruf pada carta Snellen. Hakikatnya, pemeriksaan komprehensif jauh lebih mendalam. Optometris akan menilai: Status refraksi dan ketajaman penglihatan Fungsi koordinasi kedua-dua mata Keupayaan fokus (akomodasi dan vergens) Kesihatan struktur dalaman mata Penyakit seperti glaukoma boleh berkembang secara senyap tanpa simptom awal. Tham et al. (2014) menekankan bahawa pengesanan awal amat penting bagi mencegah kehilangan penglihatan kekal. Selain itu, fenomena digital eye strain semakin lazim. Sheppard dan Wolffsohn (2018) mendapati bahawa penggunaan skrin berpanjangan dikaitkan dengan simptom seperti mata kering, sakit kepala dan penglihatan kabur. Dalam konteks ini, pemeriksaan mata bukan lagi sekadar menentukan kuasa kanta, tetapi satu bentuk penilaian kesihatan menyeluruh. Di Sebalik Preskripsi: Bahasa Sains yang Menterjemah Cahaya Preskripsi cermin mata mungkin kelihatan seperti kod teknikal iaitu SPH, CYL, AXIS, ADD. Namun setiap nombor mempunyai makna saintifik yang tepat. SPH menunjukkan tahap rabun jauh atau dekat. CYL dan AXIS menentukan tahap serta orientasi astigmatisma. ADD pula merujuk kepada tambahan kuasa bagi penglihatan dekat dalam kes presbiopia. Setiap pembetulan optik bertujuan memastikan cahaya difokuskan tepat ke retina. Apabila fokus tepat, imej menjadi jelas dan stabil. Apabila tidak, walaupun sedikit perbezaan, ia boleh menyebabkan ketidakselesaan jangka panjang. Memilih Kanta: Antara Keperluan dan Gaya Hidup Teknologi kanta hari ini menawarkan pelbagai pilihan. Kanta polikarbonat lebih tahan hentakan dan sesuai untuk kanak-kanak. Kanta anti-refleksi membantu mengurangkan silau, terutama ketika memandu malam. Kanta fotokromik bertukar gelap apabila terdedah kepada cahaya UV. Kanta penapis cahaya biru membantu mengurangkan keletihan visual akibat penggunaan skrin. Bagi presbiopia, kanta progresif membolehkan peralihan penglihatan jauh, pertengahan dan dekat dalam satu kanta yang sama. Pemilihan kanta seharusnya berasaskan keperluan visual sebenar dan rutin harian, bukan sekadar trend atau promosi. Rajah 2. Infografik ringkas: Jenis kanta dan fungsi utamanya dalam kehidupan harian.Imej ilustrasi dijana menggunakan AI (DALL·E oleh OpenAI) bagi tujuan pendidikan. Adaptasi: Peranan Otak dalam Penglihatan Sistem visual bukan hanya mata. Ia melibatkan otak yang mentafsir maklumat visual. Apabila seseorang memakai cermin mata baharu, otak memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan maklumat visual yang diperbetulkan. Pening ringan atau rasa tidak stabil pada peringkat awal adalah perkara biasa. Tempoh adaptasi biasanya singkat. Namun jika ketidakselesaan berpanjangan, pemeriksaan semula perlu dilakukan. Penglihatan dan Kualiti

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *