Ceroboh kuil di Rawang bukan isu perkauman – Polis

Ceroboh kuil di Rawang bukan isu perkauman – Polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Advertisement Malaysia Ceroboh kuil di Rawang bukan isu perkauman – Polis BERNAMA 14/02/2026 | 19:07 MYT Shazeli menyampaikan ucapan pada program Walkabout Langkah Selamat Ketua Polis Selangor: Santuni Komuniti Kajang di MRT Stadium Kajang hari ini. – Gambar Bernama KAJANG: Orang ramai dinasihatkan agar tidak mengaitkan insiden meroboh sebuah kuil di Rawang pada Rabu lepas sebagai konflik perkauman dan agama, sebaliknya kejadian itu berkait dengan isu pencerobohan serta keengganan berpindah dari tanah bukan hak milik. Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang berjalan dan beliau enggan mengulas lanjut bagi mengelak sebarang persepsi terhadap mana-mana pihak, sama ada pemilik tanah mahupun pihak pengurusan kuil.Advertisement “Isu ini sebenarnya bersifat straight forward dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak mempolitikkan atau memainkan sentimen perkauman dan keagamaan kerana isu tersebut sebenarnya berkaitan pencerobohan dan keengganan berpindah dari tanah milik pihak tertentu, bukan konflik agama atau kaum,” katanya.Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Walkabout Langkah Selamat Ketua Polis Selangor: Santuni Komuniti Kajang di MRT Stadium Kajang anjuran bersama Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) di sini hari ini.Shazeli berkata individu yang ditahan sebelum ini telah dibebaskan susulan perintah yang dikeluarkan Mahkamah Tinggi Shah Alam dan meminta pihak media dan orang ramai menunggu hasil siasatan serta tidak membuat sebarang spekulasi. Pada Rabu lepas, polis menahan empat lelaki bagi membantu siasatan kes pencerobohan sebuah kuil di Rawang.Penahanan itu dibuat susulan aduan yang diterima daripada seorang lelaki tempatan berhubung kejadian meroboh kuil yang dibina tidak mengikut peraturan di kawasan terbabit dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 427/295/504/447 Kanun Keseksaan.– BERNAMA  Topic Berkaitan #KUIL #Kanun Keseksaan #sentimen perkauman #Persepsi Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Raja Permaisuri Agong kongsi nukilan blog mengenai perpaduan antara kaum di Malaysia 1 minute ago Malaysia Murid 12 tahun berjaya selamatkan rakan hampir lemas 28 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 39 minutes ago Malaysia KTMB tawar 20 peratus diskaun ETS sempena Tahun Baharu Cina, Ramadan 58 minutes ago Malaysia SPRM tekankan kemahiran kendali senjata api hadapi operasi berisiko tinggi 1 hour ago Malaysia Eksesais Desert Tiger perkukuh kerjasama pertahanan Malaysia-UAE 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *