China gesa gencatan segera susulan serangan AS-Israel ke atas Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram Advertisement Dunia China gesa gencatan segera susulan serangan AS-Israel ke atas Iran Agensi 28/02/2026 | 22:45 MYT Kementerian Hal Ehwal Luar China berkata, kedaulatan negara, keselamatan, dan integriti wilayah Iran harus dihormati, dan menggesa semua pihak untuk mengelakkan ketegangan yang semakin meningkat, dan menyambung semula dialog dan rundingan. – Gambar fail Kementerian Hal Ehwal Luar China pada Sabtu menyatakan kebimbangan mendalam terhadap serangan tentera Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran, menggesa gencatan senjata segera.Kementerian itu berkata, kedaulatan negara, keselamatan, dan integriti wilayah Iran harus dihormati, dan menggesa semua pihak untuk mengelakkan ketegangan yang semakin meningkat, dan menyambung semula dialog dan rundingan.Advertisement AS telah mengesahkan penglibatan langsung dalam operasi ketenteraan ke atas Iran, dengan Presiden Donald Trump menyatakan AS telah memulakan “operasi tempur besar-besaran” di republik itu.Beliau juga menuduh Iran meneruskan pembangunan nuklear serta merancang menghasilkan peluru berpandu jarak jauh.Israel pula menyifatkan tindakan ketenteraan tersebut sebagai satu operasi bersama yang bertujuan “menghapuskan ancaman wujud” yang didakwa datang dari Iran, menurut kenyataan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu yang dipetik media antarabangsa.Washington dan Tehran dilaporkan mengadakan beberapa siri rundingan dalam beberapa minggu kebelakangan ini berhubung program nuklear Iran.Rundingan terbaharu berlangsung pada Khamis lalu, namun berakhir tanpa sebarang persetujuan dicapai.Sebelum ini, Israel dan AS berulang kali memberikan amaran serangan lanjut akan dilancarkan sekiranya Iran terus mengembangkan program nuklear dan peluru berpandunya. Topic Berkaitan #China #serangan iran #Amerika Syarikat #israel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia CSO gesa Ahli Parlimen, Senator sokong RUU hadkan tempoh jawatan PM 10 tahun 27 minutes ago Malaysia Keselamatan kebakaran tanggungjawab bersama, tidak harus diabaikan – Lee Lam Thye 42 minutes ago Malaysia NRES cadang tubuh jawatankuasa kebangsaan tangani isu kemasukan sisa elektronik haram 57 minutes ago Malaysia Kanak-kanak perempuan maut dilanggar kenderaan SUV 5 hours ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 5 hours ago Dunia Agensi Berita Palestin terima anugerah pengiktirafan media di Jeddah 5 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
China gesa gencatan segera susulan serangan AS-Israel ke atas Iran
