Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama Advertisement Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR Bernama 27/02/2026 | 23:59 MYT Khairul Shahril berkata sekiranya nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN1/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan. – Gambar fail/Bernama KUALA LUMPUR: Semakan Daftar Pemilih Tambahan Bulan Januari Tahun 2026 (DPT BLN1/2026) boleh dibuat bagi tempoh 30 hari bermula hari ini hingga 28 Mac, kata Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Khairul Shahril Idrus.Beliau dalam kenyataan hari ini berkata DPT BLN1/2026 yang diperaku semalam dan diwartakan hari ini, mengandungi 38,705 nama warganegara berumur 18 tahun dan ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Jan 2026 yang didaftarkan secara automatik sebagai pemilih baharu.Advertisement Selain itu, DPT berkenaan turut mengandungi 11,731 orang pemilih berdaftar yang bertukar bahagian pilihan raya dan 2,170 pemilih bertukar kategori pengundi atau status.”SPR menyeru kepada warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dalam tempoh 1 hingga 31 Jan 2026 dan mana-mana pemilih berdaftar yang telah memohon pertukaran bahagian pilihan raya atau pertukaran kategori pengundi/ status untuk menyemak nama mereka dalam DPT BLN1/2026.Beliau berkata semakan boleh dibuat melalui portal SPR di pautan https://www.spr.gov.my atau https://mysprsemak.spr.gov.my, portal rasmi pejabat-pejabat pilihan raya negeri di pautan http://ppn.spr.gov.my, aplikasi dalam talian di pautan https://myspr.spr.gov.my, aplikasi mudah alih MySPR Semak atau talian Semakan Pendaftaran Pemilih 03-8892 7218.Khairul Shahril berkata sekiranya nama mereka tidak disenaraikan dalam DPT BLN1/2026, mereka boleh membuat tuntutan dengan mengisi Borang C melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.Di samping itu, beliau berkata mana-mana pemilih berdaftar yang berhasrat membuat bantahan ke atas kemasukan nama pemilih yang bertukar ke bahagian pilihan raya, mereka boleh mengisi Borang D melalui aplikasi dalam talian SPR atau hadir ke pejabat pilihan raya negeri yang berkenaan.Borang C dan Borang D juga boleh dimuat turun daripada portal pejabat pilihan raya negeri di http://ppn.spr.gov.my dan hendaklah dikemukakan kepada pengarah pilihan raya negeri berkenaan untuk serahan serta pembayaran fi bantahan pada waktu pejabat sepanjang tempoh semakan DPT BLN1/2026.– BERNAMA Topic Berkaitan #daftar pemilih #spr #bantahan #pautan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 2 hours ago Malaysia Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR 2 hours ago Malaysia Polis lengkapkan kertas siasatan kes pelajar hina agama 2 hours ago Malaysia HAWANA 2026 pilih Pulau Pinang sebagai tuan rumah – Fahmi 2 hours ago Malaysia KPT tidak akan berkompromi dengan perlakuan tidak beradab pelajar – Zambry 2 hours ago Malaysia APM Terengganu kendali 1,700 kes ular dalam tempoh hampir dua bulan 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Daftar pemilih tambahan Januari 2026 dibuka untuk semakan – SPR
