Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3

Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS Advertisement Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 Khalis Khadir 28/02/2026 | 15:57 MYT Menurut Ahmad Zulqarnain, ketetapan itu adalah selaras dengan kerangka perundangan serta prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP bagi memastikan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta ahlinya. – Gambar Bernama SHAH ALAM: Cadangan agar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi tahun kewangan 2025 disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 (Fleksibel) tidak boleh dilaksanakan.Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata, berdasarkan Akta KWSP 1991, sebarang agihan dividen tidak boleh dipindah atau disalurkan merentasi akaun.Advertisement Beliau menegaskan, setiap pembayaran dividen adalah tertakluk kepada struktur akaun yang ditetapkan dan perlu dimasukkan ke dalam akaun yang sepadan dengan baki simpanan ahli.”Di bawah Akta KWSP sedia ada, dividen mesti dikreditkan ke dalam akaun yang betul. Jika simpanan berada dalam Akaun 1 atau Akaun 2, dividen perlu dimasukkan ke dalam akaun berkenaan.”Kita tidak boleh mengambil dividen daripada akaun lain dan menyalurkannya ke Akaun 3,” katanya menerusi sidang media pengumuman prestasi kewangan KWSP, di sini, pada Sabtu.Ahmad Zulqarnain berkata, ketetapan itu adalah selaras dengan kerangka perundangan serta prinsip pengurusan simpanan persaraan yang diamalkan KWSP bagi memastikan ketelusan pengagihan dividen kepada lebih 16 juta ahlinya.Mengulas lanjut katanya, pencarum yang menyimpan dana dalam Akaun Fleksibel tetap layak menerima dividen 6.15 peratus bagi tahun kewangan 2025.Bagaimanapun jelas beliau, agihan itu dibuat berdasarkan baki sebenar dalam setiap akaun, bukan secara pukal.“Dividen akan dikreditkan mengikut baki purata harian dalam Akaun Persaraan (Akaun 1), Akaun Sejahtera (Akaun 2) dan Akaun Fleksibel (Akaun 3), dan bukannya tertumpu kepada satu akaun sahaja.”Jika pencarum sudah mengeluarkan keseluruhan simpanan dalam Akaun Fleksibel, maka akaun itu tidak akan menerima dividen. Pengiraan dibuat berdasarkan baki purata harian setiap akaun,” katanya.Sementara itu, Ahmad Zulqarnain memaklumkan, KWSP belum membuat keputusan berhubung tawaran pengambilalihan sukarela bersyarat pegangannya dalam IJM Corporation Bhd oleh Sunway Bhd.Katanya, keputusan muktamad hanya akan dibuat selepas laporan penasihat bebas diterima.Pihaknya kini menunggu laporan daripada penasihat bebas yang dilantik, dijangka dikeluarkan menjelang 16 Mac ini. Topic Berkaitan #KWSP #dividen 2025 #akaun fleksibel #IJM Corporation Bhd Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Bisnes Dividen KWSP tidak boleh disalurkan sepenuhnya ke Akaun 3 13 minutes ago Malaysia Dua lagi ditahan kes tembak kenderaan Komander AKPS di Bukit Kayu Hitam 26 minutes ago Dunia Israel serang Iran: Pegawai sahkan operasi dilancar bersama AS 30 minutes ago Malaysia PDRM segerakan siasatan, dedah petualang dakwaan komplot sabotaj negara – Kamil Munim 36 minutes ago Malaysia MH160 dan MH156 selamat kembali susulan makluman risiko kawasan konflik – Malaysia Airlines  44 minutes ago Malaysia Pengguna i-Akaun KWSP terpaksa tunggu hampir sejam untuk log masuk 51 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *