Dua petugas taska bayi meninggal tidak mengikuti Kursus Asuhan PERMATA | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik Advertisement Malaysia Dua petugas taska bayi meninggal tidak mengikuti Kursus Asuhan PERMATA Bernama 12/03/2026 | 15:00 MYT Dua wanita yang juga pengasuh di taska berkenaan kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – Gambar fail/Astro AWANI GEORGE TOWN: Dua pekerja taska di dalam kawasan Hospital Seberang Jaya (HSJ) yang direman polis bagi membantu siasatan kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan pada Isnin lepas, tidak mengikuti Kursus Asuhan PERMATA (KAP).Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sosial, Kebajikan dan Hal Ehwal Bukan Islam Pulau Pinang Lim Siew Khim berkata berdasarkan peraturan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), setiap petugas Taska, Tadika dan Pusat Jagaan (TTPJ) wajib mengikuti KAP bagi memastikan tahap profesionalisme, tanggungjawab serta kualiti penjagaan sentiasa berada pada standard yang ditetapkan.Advertisement “Berdasarkan siasatan JKM, terdapat tujuh petugas di taska itu dan 44 kanak-kanak berusia empat tahun termasuk bayi lelaki yang meninggal dunia dalam kejadian itu dihantar ke taska berkenaan yang beroperasi 24 jam sehari.”Pemeriksaan juga mendapati tujuh petugas termasuk dua wanita yang ditahan itu tidak mengikuti KAP yang sememangnya diwajibkan kepada petugas TTPJ, hakikatnya masih terdapat pengasuh yang diambil bekerja di TTPJ, khususnya pengambilan baharu yang belum memenuhi syarat tersebut,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.Terdahulu, dua wanita berumur 22 tahun yang juga pengasuh di taska berkenaan direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.Media melaporkan seorang bayi lelaki, Hayl Haarith Mohd Syafaeez, ditemukan tidak sedarkan diri di sebuah taska di dalam kawasan HSJ sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital berkenaan.Lim berkata hasil pemeriksaan mendapati taska terbabit berdaftar secara sah serta mematuhi syarat berkaitan pendaftaran dan National Integrated System of Childcare (NISPA) dan telah beroperasi sejak empat tahun lepas.Katanya, sehingga kejadian itu, pihak JKM tidak pernah menerima sebarang aduan oleh ibu bapa atau penjaga yang menghantar anak-anak mereka ke taska tersebut.”Ekoran kejadian itu, pihak JKM telah mengarahkan taska terbabit ditutup bermula pada hari kejadian, iaitu 9 Mac lepas dan tidak dibenarkan beroperasi sementara sehingga siasatan pihak polis selesai,” katanya dan menambah penutupan sementara adalah di bawah Seksyen 16 Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984.– BERNAMA Topic Berkaitan #lim siew khim # KAP #petugas #Taska #bayi meninggal dunia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Cadangan kesesuaian WFH akan diteliti, mungkin bincang dalam Mesyuarat Jemaah Menteri Khas – Fahmi few seconds ago Dunia AS salah perkiraan, konflik Iran tidak berakhir seperti dijangka – Penganalisis 15 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura jangka kenaikan tarif elektrik 15 minutes ago Malaysia Kerajaan perkukuh tatakelola, laksana Program Pegawai Integriti Bertauliah – PM 30 minutes ago Dunia 9,000 sasaran diserang dalam tempoh 10 hari serangan AS-Israel ke atas Iran 45 minutes ago Malaysia Polis rampas syabu bernilai RM3.1 juta di Kota Kuala Muda 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Dua petugas taska bayi meninggal tidak mengikuti Kursus Asuhan PERMATA
