Empangan Muda susut 20 peratus, PBAPP aktifkan SMCP 2026

Empangan Muda susut 20 peratus, PBAPP aktifkan SMCP 2026 | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia BE2026 luas liputan sektor informal demi data ekonomi lebih inklusif – DOSM Malaysia Penstrukturan, penambahbaikan tatakelola HRD Corp dijangka selesai Mac ini – Ramanan Bisnes CIMB kekal unjuran KDNK 2026 pada 4.5 peratus walaupun Mahkamah Agung AS batal tarif Trump Advertisement Malaysia Empangan Muda susut 20 peratus, PBAPP aktifkan SMCP 2026 Bernama 23/02/2026 | 18:31 MYT Pathmanathan berkata, PBAPP akan laksanakan pelepasan air mentah secara strategik dari Empangan Mengkuang Diperbesarkan di Seberang Perai Tengah apabila berlaku kekurangan bekalan dari Sungai Muda. – Gambar fail GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) mengaktifkan Pelan Kontingensi Sungai Muda 2026 (SMCP 2026) susulan penurunan mendadak kapasiti Empangan Muda di Kedah, bagi memastikan bekalan air di negeri ini tetap mencukupi.Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk K. Pathmanathan berkata tindakan itu diambil selepas Empangan Muda dilaporkan susut kepada 20 peratus setakat 20 Feb lepas berbanding 84.6 peratus pada 1 Jan 2026 dan Empangan Beris berada pada paras 78.1 peratus setakat 16 Feb lepas, berbanding 100 peratus pada awal tahun ini.Advertisement “Kedua-dua empangan ini melepaskan air ke Sungai Muda yang merupakan sumber utama air mentah Pulau Pinang. Berikutan musim panas yang panjang dan aktiviti pengeluaran air bagi tujuan pengairan secara agresif sejak 1 Jan lepas, kapasiti Empangan Muda telah menyusut ke paras kritikal.“PBAPP menjangkakan empangan ini tidak lagi dapat melepaskan jumlah air mentah yang signifikan ke dalam sistem Sungai Muda dalam masa terdekat, berkemungkinan seawal Mac 2026,” katanya dalam kenyataan hari ini.Beliau berkata sekiranya Empangan Muda terjejas, rizab Empangan Beris akan digunakan dan dengan kapasiti semasa 78.1 peratus, empangan tersebut dijangka mampu menyokong keperluan bekalan air Kedah dan Pulau Pinang sehingga musim hujan yang diramalkan pada April 2026.Bagaimanapun, Pathmanathan berkata terdapat beberapa ketidakpastian termasuk jangkaan sebenar ketibaan musim hujan susulan perubahan iklim, jumlah taburan hujan serta impaknya terhadap kapasiti kedua-dua empangan berkenaan bagi baki tahun ini.Beliau berkata antara elemen utama SMCP 2026 bagi meminimumkan impak potensi krisis Sungai Muda kepada Pulau Pinang ialah mengabstrak sebanyak mungkin air mentah dari Sungai Muda selagi paras sungai tidak susut di bawah 1.5 meter di muka sauk Lahar Tiang, bagi menyokong pengeluaran air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.“Selain itu, PBAPP akan melaksanakan pelepasan air mentah secara strategik dari Empangan Mengkuang Diperbesarkan (EMD) di Seberang Perai Tengah apabila berlaku kekurangan bekalan dari Sungai Muda, dengan kapasiti maksimum pengeluaran 600 juta liter sehari (JLH).“PBAPP juga meneruskan Program Double Dam Defence di bahagian pulau dengan mengepam kira-kira 407 JLH air terawat dari Sungai Dua secara berterusan bagi memastikan Empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang tidak kering,” katanya.Beliau berkata sekiranya pelan itu berjalan seperti dirancang, Pulau Pinang berpotensi mengharungi 2026 tanpa krisis bekalan air selagi PBAPP dapat mengabstrak sekurang-kurangnya 50 peratus daripada jumlah air mentah yang diabstrak pada 2025, iaitu 500 JLH.Namun, katanya SMCP 2026 mungkin tidak dapat sepenuhnya melindungi negeri itu sekiranya PBAPP tidak dapat mengabstrak sebarang air dari Sungai Muda, memandangkan kapasiti maksimum pelepasan EMD ialah 600 JLH, manakala LRA Sungai Dua memerlukan kira-kira 1,000 JLH untuk beroperasi secara optimum.Sehubungan itu, PBAPP memohon sokongan dan kerjasama pengguna Pulau Pinang supaya menggunakan air secara berhemat sepanjang musim perayaan Tahun Baharu Cina dan bulan Ramadan, bagi memastikan bekalan mencukupi untuk semua sepanjang tahun ini.– BERNAMA  Topic Berkaitan #PBAPP #air # SMCP 2026 #sungai muda # Pathmanathan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia BE2026 luas liputan sektor informal demi data ekonomi lebih inklusif – DOSM 1 minute ago Malaysia Penstrukturan, penambahbaikan tatakelola HRD Corp dijangka selesai Mac ini – Ramanan 10 minutes ago Bisnes CIMB kekal unjuran KDNK 2026 pada 4.5 peratus walaupun Mahkamah Agung AS batal tarif Trump 23 minutes ago Politik Masa depan PN masih 'samar' walau dengan pelantikan kepimpinan baharu – Penganalisis 40 minutes ago Malaysia Sindiket proses dadah tumpas, dadah bernilai RM1.2 juta dirampas 55 minutes ago Dunia Indonesia catat defisit belanjawan 54.6 trilion rupiah, kedudukan fiskal terkawal 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *