Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga

Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan Advertisement Malaysia Fenomena cuaca panas: Agong nasihat rakyat ambil langkah berjaga-jaga Bernama 26/03/2026 | 14:35 MYT Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi. – Gambar fail/RPO KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini menasihati rakyat supaya mengambil langkah berjaga-jaga berikutan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini yang dijangka berlarutan sehingga awal atau pertengahan Jun ini.Menerusi hantaran di laman Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Seri Paduka Baginda menekankan kepentingan menjaga kesihatan dengan mengurangkan aktiviti luar yang terdedah kepada cuaca panas serta memastikan pengambilan air yang mencukupi sepanjang tempoh berkenaan.Advertisement Sultan Ibrahim turut bertitah agar Kementerian Pendidikan (KPM) mengambil perhatian serius berkenaan perkara itu bagi memastikan kesihatan murid serta pelajar tidak terjejas berikutan fenomena cuaca panas.“Pada masa sama, orang ramai juga dinasihatkan supaya mengelakkan sebarang pembakaran terbuka kerana keadaan panas dan berangin boleh mempercepatkan merebaknya api.“Warga emas serta kanak-kanak yang menghidap penyakit kronik juga dinasihatkan supaya tidak terdedah dengan cuaca panas bagi mengelakkan sebarang komplikasi,” titah Seri Paduka Baginda.  Yang di-Pertuan Agong bertitah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut berperanan penting dengan meningkatkan tahap kesiapsiagaan berikutan cuaca panas semasa yang berpotensi mencetuskan peningkatan kes kebakaran.Selain itu Seri Paduka Baginda turut menzahirkan penghargaan kepada semua agensi keselamatan dan penyelamat termasuk JBPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta petugas kesihatan yang sentiasa bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan sepanjang tempoh cuaca panas ini.Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini berterusan hingga awal Monsun Barat Daya (MBD) pada Jun, susulan keadaan atmosfera lebih kering dan taburan hujan rendah.– BERNAMA Topic Berkaitan #Agong #Sultan Ibrahim #nasihat #cuaca panas #komplikasi kesihatan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry 9 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz 19 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan 24 minutes ago Malaysia Longgokan barangan kitar semula di Shah Alam terbakar 29 minutes ago Malaysia Bau busuk bawa penemuan mayat tiga sekeluarga di Merbok 39 minutes ago Hiburan Siti Nurhaliza sekali lagi dipilih wakil Spotify EQUAL Malaysia & Singapura 54 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *