Gegaran gempa Sabah hanya skala lemah – Arthur

Gegaran gempa Sabah hanya skala lemah – Arthur | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan Advertisement Malaysia Gegaran gempa Sabah hanya skala lemah – Arthur Bernama 24/02/2026 | 07:15 MYT Menurut Arthur, MetMalaysia akan terus memantau sebarang gempa susulan dan memaklumkan perkembangan terkini. – Gambar fail/BERNAMA KUALA LUMPUR: Orang ramai dinasihatkan supaya tidak panik susulan gempa bumi kuat berskala 6.8 dengan kedalaman 678 kilometer (km) yang berlaku di perairan Kota Kinabalu pada jam 12.57 tengah malam, pada Ahad.Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup berkata maklumat terkini menunjukkan impak kejadian adalah minimal.Advertisement Arthur berkata analisis sistem peta gegaran Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menunjukkan intensiti gegaran hanya berada pada skala lemah, merangkumi seluruh Sabah dan utara Sarawak.“Walaupun gegaran boleh dirasai di Sarawak dan Semenanjung Malaysia kerana kedalamannya di zon mantel, kesannya di permukaan bumi adalah lemah dan risiko kerosakan bangunan secara amnya rendah.“Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) turut menegaskan tiada risiko tsunami memandangkan kedudukan gempa yang terlalu dalam, sekali gus tidak menyebabkan gangguan atau anjakan besar pada dasar laut.“Penduduk di pesisir pantai tidak perlu bimbang tentang ancaman tsunami buat masa ini,” katanya dalam kenyataan semalam.Arthur berkata kejadian ini berbeza dengan gempa Ranau 2015 yang bersifat cetek, kerana gempa kali ini berlaku jauh di bawah kerak bumi akibat pergerakan plat lautan.“Secara amnya, risiko kerosakan bangunan adalah rendah. Walau bagaimanapun, gegaran mungkin lebih dirasai di kawasan tanah lembut,” katanya.Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan kod bangunan tahan gempa terus diperkukuh demi keselamatan semua.“Saya ingin menegaskan bahawa keadaan adalah terkawal. Fenomena ini membuktikan bumi Sabah aktif secara geologi, namun kejadian tersebut tidak membawa ancaman besar kepada keselamatan awam.“NRES melalui agensi di bawahnya sentiasa memperkukuh keberkesanan Sistem Amaran Awal (EWS) bagi memastikan makluman ancaman bencana dapat disampaikan secara pantas, tepat dan menyeluruh,” katanya.Menurut Arthur, MetMalaysia akan terus memantau sebarang gempa susulan dan memaklumkan perkembangan terkini.“Rakyat dimohon agar tidak menyebarkan berita palsu yang boleh menimbulkan kegusaran kerana pihak JMG, MetMalaysia dan NADMA sentiasa memantau keadaan 24 jam sehari,” katanya.– BERNAMA Topic Berkaitan #Arthur Joseph Kurup #gempa sabah #gempa bumi #MetMalaysia Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Azhan Rani titip doa buat Amyza Aznan: “Di sebalik gurau, gelak kau…” 8 minutes ago Malaysia Mangsa banjir di Sabah kekal 5,017 orang setakat 8 pagi ini 23 minutes ago Malaysia Lelaki maut rempuh polis trafik di lorong kecemasan 38 minutes ago Sukan Sesko muncul wira Manchester United benam Everton 52 minutes ago Malaysia Op Bersepadu Khazanah: Kilang perabot tanpa lesen diserbu, rampasan lebih RM700,000 1 hour ago Dunia Australia sokong usaha gugurkan Andrew daripada senarai pewaris takhta diraja Britain 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *