Harga minyak global melambung, pasaran saham merosot susulan serangan AS-Israel ke atas Iran

Harga minyak global melambung, pasaran saham merosot susulan serangan AS-Israel ke atas Iran | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF Advertisement Dunia Harga minyak global melambung, pasaran saham merosot susulan serangan AS-Israel ke atas Iran Bernama 09/03/2026 | 21:33 MYT Harga minyak mentah AS melepasi paras ambang AS$100 setong sejurus selepas siri serangan itu, mencecah titik tertinggi sejak bermulanya krisis Ukraine pada 2022. – Gambar hiasan BEIJING: Serangan yang dilancarkan oleh Amerika Syarikat (AS) dan Israel terhadap Iran telah mencetuskan lonjakan mendadak harga minyak global, sekali gus memberi impak besar kepada pasaran saham dan menambah ketidakstabilan ekonomi dunia, lapor Xinhua.Harga minyak mentah AS melepasi paras ambang AS$100 setong sejurus selepas siri serangan itu, mencecah titik tertinggi sejak bermulanya krisis Ukraine pada 2022. Harga minyak mentah Brent didagangkan pada AS$114.78 setong, manakala penanda aras minyak mentah AS melonjak kepada hampir AS$114.00. Kedua-dua harga berkenaan meningkat lebih 20 peratus berbanding harga penutup pada Jumaat.Advertisement Kenaikan terbaharu itu melengkapkan minggu yang tidak menentu dan menyaksikan minyak mentah AS melonjak 36 peratus dan Brent meningkat 28 peratus. Pasaran bertindak balas terhadap kebimbangan bahawa serangan ketenteraan AS-Israel ke atas Iran mengancam pengeluaran minyak serantau dan menyekat laluan perkapalan kritikal.Antara faktor utama termasuk sekatan di Selat Hormuz, laluan sempit yang penting bagi perdagangan minyak global, serta pengurangan pengeluaran daripada pengeksport utama seperti Iraq, Qatar, Kuwait, dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akibat kapasiti penyimpanan dan penapisan yang terhad.Syarikat Petroleum Kebangsaan Kuwait telah mengumumkan pengurangan pengeluaran susulan ancaman keselamatan dan gangguan perkapalan.Penganalisis menjangkakan pasaran minyak akan terus berdepan kekurangan bekalan yang ketara dengan premium risiko geopolitik kekal tinggi, biarpun negara pengeluar berusaha meningkatkan bekalan. Lonjakan harga ini menambah tekanan kepada ekonomi global yang sedang bergelut.Di sektor kewangan, indeks saham utama mencatatkan kemerosotan mendadak. Di Asia, Bursa Saham Tokyo mengalami kerugian besar pada Isnin dengan Nikkei 225 menjunam lebih tujuh peratus. Pasaran saham Korea Selatan turut terjejas apabila indeks niaga hadapan KOSPI 200 jatuh lebih enam peratus, mencetuskan penggantungan sementara jualan automatik.Pasaran Eropah turut berdepan gelombang jualan panik dengan niaga hadapan EUROSTOXX 50 dan DAX kedua-duanya merosot 3.2 peratus, manakala niaga hadapan FTSE susut 1.7 peratus.Di Amerika Syarikat, pasaran saham menunjukkan ketidaktentuan yang ketara apabila niaga hadapan S&P 500 susut 2.1 peratus dan niaga hadapan Nasdaq merosot 2.5 peratus. Pelabur bimbang lonjakan harga minyak akan menyebabkan kos pengeluaran lebih tinggi dan inflasi meningkat, yang boleh menjejaskan pertumbuhan ekonomi ketika pemulihan pasca pandemik masih rapuh.Ketidaktentuan pasaran semasa menyerlahkan kebimbangan terhadap kerosakan struktur jangka panjang akibat serangan AS-Israel ke atas Iran. Dengan ekonomi global yang masih belum stabil, peningkatan konflik ini berisiko membantutkan trend pemulihan dan memberi kesan riak jauh ke luar wilayah Asia Barat.–BERNAMA-XINHUA Topic Berkaitan #Serangan ke atas Iran #harga minyak #pergolakan pasaran #ekonomi global Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik 15 pemimpin Armada Bersatu Sabah keluar parti 26 minutes ago Malaysia Anwar sampaikan simpati dan sokongan Malaysia kepada Kuwait dan Oman 32 minutes ago Dunia 83 kanak-kanak terkorban dalam serangan terbaru di Lubnan – UNICEF 45 minutes ago Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 51 minutes ago Malaysia Insiden kebakaran ragut nyawa lima sekeluarga di Raub berpunca daripada litar pintas – Exco 1 hour ago Malaysia Rayuan aktivis cabar kebenaran rancang pembinaan PDF ditolak 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *