Ibarat guru, Anwar beri penghormatan terakhir kepada Syed Muhammad Naquib | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran Advertisement Malaysia Ibarat guru, Anwar beri penghormatan terakhir kepada Syed Muhammad Naquib Seth Akmal 09/03/2026 | 12:35 MYT Anwar dan menyertai solat jenazah, yang diimamkan oleh anak Allahyarham, Syed Ali Tawfik Al-Attas, bersama ratusan jemaah lain. – Gambar/ Shahir Omar/ Astro AWANI KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, hadir memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Profesor Diraja Tan Sri Syed Muhammad Naquib Al-Attas.Beliau tiba di Masjid At-Taqwa di sini sekitar jam 11.30 pagi dan menyertai solat jenazah, yang diimamkan oleh anak Allahyarham, Syed Ali Tawfik Al-Attas, bersama ratusan jemaah lain.Advertisement Anwar ketika ditemui media turut menyingkap pengalaman beliau bersama Allahyarham yang disifatkan ibarat guru dan murid ketika mengasaskan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1971.“Kita banyak menimba ilmu daripada dia dan semasa (di dalam) ABIM pun kita bawa dia keliling seluruh negara,” katanya.Pada masa sama, Anwar turut mengesahkan menerima pelbagai ucapan takziah dari luar negara berkenaan pemergian Allahyarham.Anwar sebelum ini turut menyatakan perasaan dukacitanya atas pemergian Allahyarham sambil menyifatkan negara kehilangan seorang pemikir dan ahli falsalfah terbesar di zaman ini.Beliau turut menyatakan beberapa karya agung Allahyarham seperti ‘Islam and Seculairism’ dan ‘Prolegomena to the Metaphysics of Islam’ telah menetapkan asas intelektual bagi pandangan dunia Islam.Turut hadir memberi penghormatan ialah beberapa anggota kabinet Kerajaan Perpaduan, termasuk Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadilah Yusof; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd Kadir; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Zulkifli Hasan.Terdahulu, Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berkenan memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham.Jenazah Allahyarham tiba di perkarangan masjid pada jam 9.40 pagi bagi urusan memandikan jenazah sebelum disolatkan dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara tengah hari ini. Topic Berkaitan #Syed Muhammad Naquib al-Attas #meninggal dunia #anwar ibrahim #bekas guru Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kurikulum persekolahan 2027 galak pelajar arus perdana kuasai bahasa isyarat few seconds ago Malaysia Penjawat awam Perlis terima Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri RM1,500 – MB 10 minutes ago Dunia IRGC zahir kesetiaan penuh Mojtaba Khamenei dilantik pemimpin agung baharu Iran 11 minutes ago Malaysia 'Tak sangka kata-kata anak petanda dia pergi selamanya' 25 minutes ago Dunia HRW dakwa Israel guna fosforus putih di kawasan penduduk Lubnan 26 minutes ago Malaysia Video tular harimau belang: Perhilitan lakukan siasatan di lokasi – Exco 41 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
Ibarat guru, Anwar beri penghormatan terakhir kepada Syed Muhammad Naquib
