IDF dakwa peluru berpandu Iran berupaya menjangkau London, Paris dan Berlin | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in [Terkini] Umat Islam di Malaysia sambut Aidilfitri Sabtu Dunia Harga minyak boleh cecah AS$150 setong jika perang berlanjutan 10 hari lagi – Pakar Dunia Pelampau penempatan Israel bakar rumah, kenderaan di al‑Funduqumiya, Tebing Barat Dunia Konflik Asia Barat: Israel tutup sekolah, larang perhimpunan besar Advertisement Dunia IDF dakwa peluru berpandu Iran berupaya menjangkau London, Paris dan Berlin Astro AWANI 22/03/2026 | 08:00 MYT IDF mendedahkan bahawa rejim Iran berhasrat membangunkan peluru berpandu dengan jangkauan sejauh 4,000 kilometer, yang boleh mengancam puluhan negara di Eropah, Asia dan Afrika. – Foto X/IDF TEL AVIV: Israel mendakwa Iran kini memiliki peluru berpandu jarak jauh yang berupaya menjangkau beberapa ibu kota utama Eropah, termasuk London, Paris dan Berlin, susulan siri serangan terbaharu yang menggegarkan rantau itu.Menurut Pasukan Pertahanan Israel (IDF), dakwaan ini dibuat selepas Iran melancarkan peluru berpandu yang sebelum ini tidak diketahui jarak sebenarnya, termasuk serangan ke atas pangkalan bersama UK-AS di Diego Garcia, sejauh kira‑kira 4,000 kilometer dari Iran, jarak yang melebihi had 2,000 kilometer yang Iran sendiri pernah tetapkan.Advertisement Pemimpin tentera Israel, Jeneral Eyal Zamir, memberi amaran bahawa perang ini “masih jauh dari berakhir”.“Rejim Iran kini menjadi ancaman global… dengan peluru berpandu yang boleh mencapai London, Paris atau Berlin,” katanya dalam kenyataan di platform X.Pemerhati keselamatan antarabangsa berkata kemampuan Iran menyerang Diego Garcia menimbulkan kemungkinan Tehran telah menggunakan teknologi kenderaan pelancar angkasa (SLV) bagi melancar peluru berpandu jarak lebih jauh daripada yang diakui sebelum ini.Israel turut mendakwa Iran menembakkan peluru berpandu balistik dua peringkat, sesuatu yang mengukuhkan lagi kebimbangan tentang peningkatan kemampuan ketenteraan Iran.Terbaharu serangan Iran ke atas komuniti berhampiran kemudahan nuklear Israel di Dimona dan Arad telah mencederakan puluhan orang dan menandakan pertama kali tapak penyelidikan nuklear Israel menjadi sasaran dalam konflik ini.Israel mengesahkan sistem pertahanannya gagal memintas beberapa peluru berpandu tersebut.Gelombang serangan dan tindak balas antara Iran, AS dan Israel berlanjutan sejak 28 Februari.Iran melaporkan lebih 1,500 kematian akibat serangan AS-Israel, menurut penyiar negara.Dengan ancaman peluru berpandu jarak jauh yang semakin jelas, konflik kini bukan sahaja menjejaskan Asia Barat, tetapi turut menimbulkan kebimbangan keselamatan di Eropah dan seluruh dunia. Topic Berkaitan #konflik Asia Barat #peluru berpandu #Iran #israel Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Dunia Harga minyak boleh cecah AS$150 setong jika perang berlanjutan 10 hari lagi – Pakar 11 minutes ago Dunia Pelampau penempatan Israel bakar rumah, kenderaan di al‑Funduqumiya, Tebing Barat 26 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Israel tutup sekolah, larang perhimpunan besar 41 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Iran beri amaran serangan balas terhadap infrastruktur tenaga, air 56 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: IRGC dakwa serang beberapa bandar Israel dan pangkalan tentera di Teluk 1 hour ago Malaysia Amaran cuaca panas tahap dua di Padang Terap, Kedah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers
IDF dakwa peluru berpandu Iran berupaya menjangkau London, Paris dan Berlin
