IMF benarkan Mesir keluarkan dana AS$2.3 bilion selepas semakan program

IMF benarkan Mesir keluarkan dana AS$2.3 bilion selepas semakan program | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan Advertisement Dunia IMF benarkan Mesir keluarkan dana AS$2.3 bilion selepas semakan program Astro AWANI 26/02/2026 | 09:20 MYT IMF menyatakan kemajuan ini didorong oleh beberapa langkah pembaharuan struktur yang dilaksanakan kerajaan Mesir. – Foto fail KAHERAH: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) mengesahkan bahawa beberapa semakan program pinjaman Mesir kini berada pada tahap akhir, sekali gus membuka laluan kepada pihak berkuasa negara itu untuk mengeluarkan dana bersamaan kira-kira AS$2.3 bilion.Dalam taklimat di Washington, Pengarah Komunikasi IMF, Julie Kozack, berkata perbincangan mengenai semakan kelima dan keenam bagi Kemudahan Kredit Lanjutan (ECF) bernilai AS$8 bilion sedang dimuktamadkan, manakala semakan pertama bagi Kemudahan Ketahanan dan Kemampanan (RSF) bernilai AS$1.3 bilion turut hampir selesai.Advertisement Jika diluluskan dalam mesyuarat lembaga, Mesir dijangka menerima AS$2 bilion di bawah ECF dan sekitar AS$300 juta di bawah RSF.IMF menyatakan kemajuan ini didorong oleh beberapa langkah pembaharuan struktur yang dilaksanakan kerajaan Mesir, termasuk rombakan kabinet serta keputusan untuk membubarkan Kementerian Perusahaan Awam, sebagai sebahagian usaha merasionalisasi pengurusan aset negara dan meningkatkan kecekapan ekonomi.Untuk mengurangkan tekanan inflasi terhadap rakyat berpendapatan rendah, kerajaan Mesir turut mengumumkan pakej perlindungan sosial melebihi 40 bilion paun Mesir, meliputi bantuan tunai sempena Ramadan dan Aidilfitri.IMF menyatakan bahawa langkah bantuan bersasar ini penting bagi mengekalkan kestabilan sosial ketika negara menjalani pembaharuan ekonomi yang ketat.Walaupun kelulusan rasmi masih menunggu keputusan lembaga IMF, pemantauan terhadap pembaharuan fiskal dan institusi menunjukkan bahawa Mesir berada di landasan yang selari dengan syarat utama program, sekali gus meningkatkan keyakinan pelabur dan prospek pemulihan ekonomi negara itu.   Topic Berkaitan #IMF #semakan program pinjaman #Mesir #pakej perlindungan sosial Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Kilang proses getah terbakar: Lima sekolah ditutup setakat semalam 9 minutes ago Bisnes Ringgit dibuka tinggi pada 3.8850 berbanding dolar AS 19 minutes ago Malaysia Pegawai imigresen cedera dirempuh dalam serbuan pusat hiburan 33 minutes ago Dunia Kerajaan Switzerland umum bayaran solidariti kepada mangsa kebakaran bar Crans-Montana 38 minutes ago Malaysia Reformasi permit masuk negara, aktiviti dakwah 'jalanan' antara tumpuan Parlimen hari ini 44 minutes ago Malaysia Rebut ganjaran besar lailatul qadar 49 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *