Indonesia laksana WFH setiap Jumaat, sasar penjimatan 20% bahan api

Indonesia laksana WFH setiap Jumaat, sasar penjimatan 20% bahan api | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan Advertisement Dunia Indonesia laksana WFH setiap Jumaat, sasar penjimatan 20% bahan api Astro AWANI 26/03/2026 | 13:12 MYT Airlangga Hartarto (foto) berkata pemilihan Jumaat dibuat kerana waktu bekerja yang lebih singkat, sekali gus meminimumkan kesan terhadap produktiviti sektor awam. -Gambar fail/Bernama JAKARTA: Kerajaan Indonesia bakal melaksanakan dasar bekerja dari rumah (WFH) secara mandatori pada setiap Jumaat bagi penjawat awam sebagai langkah proaktif mengurangkan penggunaan tenaga nasional.Langkah itu dijangka bermula selepas sambutan Aidilfitri bagi menangani lonjakan kos bahan api susulan ketidaktentuan pasaran minyak global serta konflik berterusan di Asia Barat.Advertisement Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Airlangga Hartarto berkata pemilihan Jumaat dibuat kerana waktu bekerja yang lebih singkat, sekali gus meminimumkan kesan terhadap produktiviti sektor awam.Dasar itu akan melibatkan semua Aparatur Sipil Negara (penjawat awam) di peringkat pusat dan daerah, manakala sektor swasta digalakkan turut serta bagi menyokong agenda penjimatan negara.Menteri Kewangan, Purbaya Yudhi Sadewa berkata pelaksanaan WFH sehari seminggu mampu mengurangkan penggunaan bahan api sehingga 20 peratus.“Langkah ini bukan sahaja mengenai penjimatan kos, tetapi juga tentang pengurusan sumber tenaga yang lebih cekap dalam mendepani krisis global yang tidak menentu,” kata Purbaya ketika ditemui media, di sini, hari ini.Beliau berkata sektor perkhidmatan kritikal seperti kesihatan, keselamatan dan pengangkutan walau bagaimanapun dikecualikan daripada peraturan baharu itu bagi memastikan kelangsungan urusan orang ramai tidak terjejas.“Kita perlu memastikan perkhidmatan asas kepada rakyat tetap berjalan pada tahap optimum tanpa sebarang gangguan teknikal atau birokrasi,” kata Purbaya.Langkah ini dilihat sebagai strategi pentadbiran Presiden Prabowo Subianto untuk memperkukuh ketahanan fiskal negara dan memastikan defisit belanjawan kekal stabil.Sebelum ini, beberapa bandar besar di Indonesia pernah melaksanakan WFH secara berkala bagi menangani isu kesesakan lalu lintas dan kualiti udara yang merosot. Topic Berkaitan #Indonesia #wfh #Prabowo Subianto #Airlangga Hartarto #PURBAYA YUDHI SADEWA #penjimatan tenaga #dasar kerajaan #bahan api Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Politik MIC kekal bersama BN manifestasi kesetiaan, kematangan politik – Zambry 10 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Parlimen Iran rangka undang-undang tol maritim di Selat Hormuz 20 minutes ago Dunia Konflik Asia Barat: Singapura, Malaysia perkukuh penyelarasan 25 minutes ago Malaysia Longgokan barangan kitar semula di Shah Alam terbakar 30 minutes ago Malaysia Bau busuk bawa penemuan mayat tiga sekeluarga di Merbok 40 minutes ago Hiburan Siti Nurhaliza sekali lagi dipilih wakil Spotify EQUAL Malaysia & Singapura 55 minutes ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *