Israel lancar serangan baharu di selatan Beirut di tengah ketegangan serantau

Israel lancar serangan baharu di selatan Beirut di tengah ketegangan serantau | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri Advertisement Dunia Israel lancar serangan baharu di selatan Beirut di tengah ketegangan serantau Bernama 04/03/2026 | 17:42 MYT Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan di Haret Hreik, satu lagi di kawasan Hadath dan yang ketiga kawasan kejiranan Liqi, dengan asap kelihatan menjulang naik daripada struktur yang terkena serangan. – Reuters BEIRUT: Jet pejuang Israel melancarkan serangan udara baharu di ibu negara Lubnan, Beirut pada Rabu ketika ketegangan serantau berterusan susulan serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel ke atas Iran, lapor Anadolu Ajansi (AA).Pesawat perang itu melakukan sekurang-kurangnya tiga serangan di pinggir bandar selatan Beirut dalam tempoh kurang satu jam, menurut wartawan Anadolu di lokasi kejadian.Advertisement Serangan udara itu menyasarkan sebuah bangunan di Haret Hreik, satu lagi di kawasan Hadath dan yang ketiga kawasan kejiranan Liqi, dengan asap kelihatan menjulang naik daripada struktur yang terkena serangan.Maklumat mengenai mangsa yang terkorban atau cedera tidak diperoleh buat masa ini.Pesawat perang Israel terus berlegar di ruang udara kawasan itu, tambah wartawan berkenaan.Serangan itu berlaku selepas tentera Israel mengeluarkan amaran pemindahan segera sebagai persediaan untuk menyasarkan bangunan berkenaan, yang didakwanya sebagai “infrastruktur Hizbullah”.AS dan Israel melancarkan serangan berskala besar ke atas Iran pada Sabtu dan sejak itu telah mengorbankan hampir 800 orang, termasuk Pemimpin Agung Ayatollah Ali Khamenei.Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan serangan balas menggunakan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel serta beberapa negara Teluk yang menempatkan aset tentera AS.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Beirut #israel #serangan #Asia Barat #Lubnan Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Artikel Penuh Berita Terkini Malaysia Penyelia asrama ditahan disyaki minta, terima rasuah RM78,000 17 minutes ago Malaysia Harga runcit RON97 naik 10 sen, diesel di Semenanjung naik 8 sen – MOF 48 minutes ago Malaysia Konflik Asia Barat: Israel 'mengkudakan' AS untuk capai agenda sendiri 1 hour ago Dunia Banyak ruang udara Asia Barat masih ditutup ketika konflik berterusan 1 hour ago Dunia 101 individu hilang selepas sebuah kapal perang Iran diserang berhampiran Sri Lanka 1 hour ago Malaysia Polis mula siasatan terhadap hantaran Facebook penceramah 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *