Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti

Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR Advertisement Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti BERNAMA 13/02/2026 | 21:30 MYT Pihak berkuasa Israel merancang untuk menyekat akses umat Islam ke Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat sepanjang bulan suci Ramadan yang bakal tiba, menurut seorang ulama terkenal dan bekas mufti besar Baitulmuqaddis. BAITULMUQADDIS: Pihak berkuasa Israel merancang untuk menyekat akses umat Islam ke Masjid Al-Aqsa bagi menunaikan solat sepanjang bulan suci Ramadan yang bakal tiba, menurut seorang ulama terkenal dan bekas mufti besar Baitulmuqaddis.Dalam satu temu bual dengan Anadolu Ajansi, Sheikh Ekrima Sabri, yang juga Ketua Majlis Tertinggi Islam di Baitulmuqaddis, menyatakan kekesalan terhadap rancangan pentadbiran Israel untuk menyekat akses ke masjid ketiga paling suci bagi umat Islam itu menjelang Ramadan yang bermula pertengahan minggu depan.Advertisement Niat jahat Israel jelas kelihatan apabila Mejar Jeneral Avshalom Peled dilantik sebagai komander polis baharu di timur Baitulmuqaddis yang diduduki pada minggu pertama Januari. Langkah itu dilihat sebagai percubaan untuk memajukan rancangan Menteri Keselamatan Nasional haluan kanan, Itamar Ben-Gvir terhadap Masjid Al-Aqsa yang sering menjadi titik konflik.“Umat Islam menyambut Ramadan dengan penuh optimistik, mengikut tradisi Nabi Muhammad SAW yang menyambut kedatangan bulan itu pada penghujung Syaaban.Namun bagi Baitulmuqaddis, kami kesal dengan tindakan keras yang bakal dikenakan oleh pihak berkuasa penjajah terhadap umat Islam yang datang ke Masjid Al-Aqsa,” kata Sabri kepada Anadolu.Beliau berkata: “Pihak berkuasa Israel telah melarang puluhan pemuda daripada memasuki masjid dan mengumumkan bahawa mereka tidak akan melonggarkan sekatan semasa Ramadan bagi jemaah yang datang dari Tebing Barat yang diduduki.”“Ini bermakna akan ada sekatan yang lebih ketat. Bilangan jemaah di Al-Aqsa akan lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelumnya. Ini bercanggah dengan kebebasan beribadat dan mengganggu umat Islam dalam menjalankan ibadah puasa,” kata Sabri.Ratusan ribu warga Palestin dari Tebing Barat biasanya akan ke timur Baitulmuqaddis semasa Ramadan untuk solat di Masjid Al-Aqsa.Bagaimanapun, sejak perang bermula pada 7 Okt 2023, pihak berkuasa Israel telah memperketat sekatan di pusat pemeriksaan tentera, sekali gus mengehadkan akses penduduk Tebing Barat ke Baitulmuqaddis.Sejak dua tahun lepas, hanya sebilangan kecil yang menerima permit yang dikeluarkan oleh tentera Israel, yang menurut warga Palestin amat sukar untuk diperoleh.Pihak berkuasa setakat ini belum mengumumkan sebarang pengaturan khas bagi sambutan Ramadan tahun ini.– BERNAMA-ANADOLU Topic Berkaitan #Masjid Al-Aqsa #Ramadan #israel #sekat akses Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini 45 minutes ago Politik Krisis Bersatu: Hamzah kongsi gambar pertemuan dengan Hadi, pimpinan Pas lain 2 hours ago Politik Anwar mahu Kedah jadi contoh kubu terbaik PKR 2 hours ago Malaysia AKPS Pelabuhan Klang gagalkan cubaan seludup 17 tan aiskrim 2 hours ago Bisnes "Papa Zola The Movie" raih RM68.2 juta kutipan pecah panggung 3 hours ago Dunia Israel rancang sekat akses ke Masjid Al-Aqsa pada Ramadan – Bekas mufti 3 hours ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *