Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi – MajalahSains 23 °c Kuala Lumpur 26 ° Sat 27 ° Sun 27 ° Mon 25 ° Tue Friday, March 6, 2026 Cart / RM0.00 No products in the cart. No Result View All Result e-ISSN : 2682-8456 Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers Laman Utama Siapa Kami HANTAR ARTIKEL & F.A.Q Kategori Alam Semulajadi Astronomi & Kosmologi Berita & Peristiwa Bicara Saintis Sains untuk Manusia Suara Saintis Muda Events Featured Fiksyen, Buku & Filem Fizik Kimia Komputer & IT Luar Negara Matematik Perubatan & Kesihatan Rencana Sejarah & Falsafah Teknologi & Kejuruteraan Tempatan Tenaga Tokoh Pengiklanan Sains Shop Pengajian Tinggi Biografi Umum Siri-Ingin Tahu Mengapa Sains Penting Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains Kitaran Hidup Gaya Hidup Sihat Sains Dalam Kehidupan Sains Itu Menyeronokkan Careers No Result View All Result No Result View All Result Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi by Editor 06/03/2026 in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa 0 0 0 Penulis: Dr. Muhamad Safwan Ishak1 & Dr. Khairiatul Mardiana Jansar2 1Pensyarah, Faculty of Built Environment and Regenerative Design, Raffles University, Medini Kampus, Malaysia 2Pensyarah Kanan, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia   Antara isu utama yang sering dihadapi oleh pesawah ialah masalah padi angin yang sentiasa membebankan dengan penurunan ketara hasil tuaian padi. Daripada pandangan mata kasar, padi angin sukar dibezakan daripada padi komersial. Pada peringkat anak benih sehingga peringkat pembiakan, bentuk daun dan ketinggiannya hampir sama. Namun apabila musim menuai tiba, perbezaannya menjadi jelas. Biji padi angin lazimnya berwarna kemerahan dan mudah relai sebelum sempat dituai. Keadaan ini menyebabkan bijinya gugur ke dalam tanah dan membentuk simpanan benih yang dikenali sebagai bank benih. Simpanan inilah yang membolehkan padi angin terus muncul. Rajah 1. Ciri utama padi angin termasuk sifat biji yang mudah relai melalui ujian genggaman (gambar kiri) serta kehadiran jejanggut pada bulir (gambar kanan), yang membezakannya daripada kebanyakan varieti padi komersial. Kehadiran padi angin memberi masalah kepada petani. Dalam keadaan tertentu, ia mampu menyebabkan kehilangan hasil yang ketara. Bukan sahaja kuantiti padi berkurang, malah kualiti hasil turut terjejas kerana campuran biji padi angin menurunkan nilai pasaran. Kos pengeluaran meningkat apabila petani terpaksa menambah usaha dan input untuk mengawalnya. Masalah ini menjadi semakin ketara apabila sistem penanaman berubah daripada kaedah menanam secara tradisional kepada kaedah taburan terus. Kaedah taburan terus menjimatkan masa dan tenaga kerja, tetapi pada masa yang sama memberi kelebihan kepada padi angin untuk bercambah bersama tanaman utama. Dalam sistem penanaman konvensional, anak benih padi dipindahkan dalam keadaan sawah berlopak dan mempunyai saiz yang lebih besar, sekali gus memberi kelebihan daya saing. Dalam sistem tabur terus, padi dan padi angin bermula pada peringkat yang hampir sama, menjadikan persaingan lebih sengit dan sukar dikawal. Apa yang menjadikan padi angin begitu sukar ditangani ialah sifat biologinya yang mampu menyesuaikan dengan situasi. Bijinya mempunyai tempoh dorman yang panjang. Ini bermakna ia tidak bercambah serentak, sebaliknya menunggu keadaan sesuai sebelum muncul. Strategi ini membolehkan sebahagian populasi terselamat walaupun kawalan telah dilakukan. Selain itu, padi angin didapati cekap menggunakan nutrien seperti nitrogen dan mampu bertindak balas dengan baik terhadap peningkatan karbon dioksida dan perubahan suhu. Dalam suasana perubahan iklim, ciri ini memberi kelebihan tambahan kepada rumpai tersebut. Pengurusan Rumpai Bersepadu Dalam usaha mengawal padi angin, herbisid menjadi pilihan utama sejak sekian lama. Pengenalan varieti padi rintang herbisid memberikan kelegaan sementara kepada pesawah. Dengan teknologi ini, herbisid tertentu boleh digunakan tanpa menjejaskan tanaman utama. Di beberapa kawasan, penggunaan varieti rintang berjaya meningkatkan hasil dan mengurangkan pembiakan besar-besaran padi angin. Namun begitu, kebergantungan berlebihan terhadap satu pendekatan membawa risiko baharu. Apabila gen rintang dipindahkan melalui persenyawaan semula jadi antara padi komersial dan padi angin, populasi padi angin yang turut rintang boleh terbentuk. Apabila ini berlaku, keberkesanan herbisid menurun dan masalah menjadi lebih kompleks. Selain itu, isu sisa bahan kimia dalam tanah dan kesan jangka panjang terhadap alam sekitar turut menimbulkan kebimbangan. Dalam konteks inilah konsep Pengurusan Rumpai Bersepadu atau Integrated Weed Management menjadi semakin relevan. Pendekatan ini tidak bergantung kepada satu kaedah sahaja, sebaliknya menggabungkan pelbagai strategi bagi mengawal rumpai secara lebih seimbang dan lestari. Antara amalan penting dalam pendekatan ini ialah penggunaan benih padi yang bersih dan bebas pencemaran. Penyebaran padi angin sering berlaku melalui benih yang tercemar atau peralatan yang tidak dibersihkan dengan sempurna. Selain itu, teknik stale seedbed boleh digunakan bagi mengurangkan bank benih dalam tanah. Melalui teknik ini, benih rumpai dibiarkan bercambah terlebih dahulu sebelum dimusnahkan melalui pembajakan atau semburan tidak selektif. Pengurusan air juga memainkan peranan penting. Pembanjiran pada masa dan kedalaman yang sesuai boleh merencatkan percambahan padi angin. Dalam sistem mencedung, lapisan air membantu menghalang pertumbuhan rumpai pada peringkat awal. Kadar penyemaian yang lebih tinggi pula boleh meningkatkan persaingan dan mengurangkan ruang untuk padi angin berkembang. Selain itu, pemilihan varieti yang lebih kompetitif turut menjadi sebahagian daripada strategi bersepadu. Sesetengah varieti mempunyai pertumbuhan yang lebih pesat dan mampu menekan rumpai melalui persaingan cahaya dan nutrien. Namun terdapat satu lagi dimensi yang semakin menarik perhatian penyelidik, iaitu alelopati. Alelopati merujuk kepada fenomena di mana sesuatu tumbuhan melepaskan bahan kimia semula jadi ke persekitaran yang boleh mempengaruhi pertumbuhan tumbuhan lain. Dalam erti kata mudah, tumbuhan bukan sahaja bersaing secara fizikal, tetapi juga secara biokimia. Bahan kimia yang dirembes melalui akar atau sisa tumbuhan boleh merenca

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *