Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis

Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis | Awani Skip to main content Search LIVE Video Malaysia Dunia Politik Hiburan Bisnes Sukan Rancangan Gaya Hidup Lain-Lain Teknologi Podcast Select language BM | EN Search Live Log in Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air Advertisement Malaysia Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis Gempak 17/02/2026 | 12:40 MYT Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella dicemari dengan insiden gangguan sistem bunyi di tingkat tiga. PENGANJUR Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella telah membuat laporan polis susulan dakwaan berlaku gangguan sistem bunyi di tingkat tiga ketika acara berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil Sabtu lalu.Wakil penganjur, Hitman Solutions berkongsi kenyataan rasmi menerusi satu hantaran dalam media sosial berhubung isu berkenaan.Advertisement “Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella telah berlangsung dengan jayanya namun telah dicemari dengan insiden gangguan sistem bunyi yang tidak memuaskan di tingkat tiga.“Setelah mengambil kira kebimbangan ramai yang terkesan melalui pemerhatian di media sosial, pihak penganjur telah mengadakan satu mesyuarat teknikal bersama pihak Perbadanan Stadium, Pengurusan Ella, pembekal sistem bunyi iaitu Digital Aid dan pasukan teknikal yang terlibat bagi menyiasat aduan atas perkara yang telah berlaku pada Isnin, 16 Februari 2026 jam 2 petang.“Pada Sabtu, 14 Februari 2026, setelah kami menerima aduan daripada penonton di tingkat 3, pihak teknikal vendor telah bergegas ke bilik SRS yang menempatkan kawalan sistem bunyi stadium tingkat 3 yang bertempat di tingkat 2 Stadium Nasional Bukit Jalil dan mendapati bahawa sistem berkenaan telah ditukar format tetapannya dan telah berubah kepada sistem ‘default’ bukan seperti yang telah ditetapkan seperti semasa raptai dilakukan.“Walaubagaimanapun, pihak teknikal telah berjaya menyelesaikan isu ini sekitar jam 9:50 malam,” tulis kenyataan tersebut.Dalam pada itu, pihak penganjur memaklumkan mereka memandang serius insiden tersebut dan satu laporan polis telah dibuat bagi siasatan lanjut.“Pihak kami memandang serius akan perkara ini dan satu laporan polis telah dibuat pada 16 Februari 2026 jam 5.26 petang.“Kami memohon maaf di atas kejadian yang berlaku dan pihak penganjur sedang berbincang bagi memberikan imbuhan bersesuaian kepada pemegang tiket kategori Bronze yang terkesan dengan kejadian tersebut,” jelas kenyataan itu lagi. – Gempak     Topic Berkaitan #Konsert Ella #gangguan sistem bunyi #laporan polis #Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella Must Watch Video Cara lain mengikuti berita kami Baca Kisah Penuh Berita Terkini Malaysia Kontraktor rugi lebih RM100,000 tawaran tender palsu few seconds ago Politik Rehatkan sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM sehingga siasatan selesai – Akmal Saleh 1 minute ago Malaysia Kerajaan terpaksa tegas pertahan perpaduan, tolak rasisme – PM 13 minutes ago Malaysia Tempa seni pada besi, arca Raja Shariman angkat nilai warisan tanah air 32 minutes ago Malaysia Isu sistem bunyi, penganjur Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella buat laporan polis 37 minutes ago Sukan LaLiga: Girona lakar kejutan, tumbangkan Barcelona! 1 hour ago Advertisement NEWSLETTER Dapatkan Berita Terkini Berita, sorotan utama, dan segala dari Awani terus ke peti masuk anda. E-mel anda Close LAMAN HIBURAN LAIN POLISI PRIVASI TERMA PENGGUNAAN IKLAN BERSAMA KAMI PELABUR © 2026 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved. Gempak Dapatkan cerita gosip artis & berita hiburan terkini, serta program tempatan Awani Dapatkan berita hari ini dan berita terkini Malaysia, Dunia, Sukan, Hiburan, Teknologi, Gaya Hidup, Automotif, Politik, Foto, Video dan Siaran Langsung TV Xuan Astro’s Chinese channel programme updates, events, celebrity trends, entertainment Hotspot Mandarin news and infotainment platform that takes you to the leading topics Stadium Astro Catch the latest news and updates on local and global sporting events Ulagam Indian entertainment, events hub highlighting Indian top shows and news Rojak Daily Featuring Entertainment, Lifestyle and Kaw!, Malay video section and more Njoi Choose and pay for what you watch with our prepaid service, NJOI. Syok Enjoy Malaysia`s best radio, videos, podcasts, prizes and more! Get SYOK, everything got! Sooka Watch TV shows you sooka online or via app for FREE! Astro Rewards Exclusive privileges and promotions for Astro Subscribers

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *